Monday, January 10, 2011

Permainan tradisional 1-

Semasa kecil-kecil dulu, permainan tuju tong adalah permainan yang ana minati. Permainan ini memerlukan kemahiran untuk menjatuhkan tin yang diatasnya diletakkan getah pengikat. Selalunya kasut yang keras seperti selipar Fung Keong akan dijadikan tagan untuk menjatuhkan tin tersebut. Ana biasa bermain terutama dihalaman rumah ana yang agak lapang. Seseorang berhak mendapat getah pengikat sekiranya tin yang dituju dapat menjatuhkan kesemua getah yang berada di atas tin. Getah dan tin juga tidak boleh kena pada tagan. Tin juga hendaklah terbalik atau tumbang. Ana kadang-kadang menang dan kadang-kadang kalah.