Thursday, June 30, 2011

Karnival sukan - Bawah 18 thn

Ana berpendapat antum memang berbakat. Mungkin ada nanti yang jadi wakil KL dalam Sukma atau setidak-tidaknya wakil kolej bila dan masuk Universiti. Ana masa di U, memang tak aktif sukan, tapi ana aktif kumpul sijil dekan....Alhamdulillah...
(click gambar untuk enlarge)





 

Karnival sukan- bawah 15 thn

Pada 27-29 sekolah dah buat karnival sukan. Sepatutnya cadangan itu telah dibuat pada tahun lepas. Tahun ini baru terlaksana. Biasalah lah tu. Ana pun dan berapa tahun cadang nak buat t shirt kelab SPBT tapi belum jadi kenyataan lagi. Tahun ni insyaAllah. Perlawanan akhir bola sepak, takraw, bola baling dan bola jaring telah berlangsung pada 29 hari bulan. Hebat juga pelajar sekolah ana berentap sesama mereka. Yang best, setiap rumah ada wakil akhir. Semua rumah dapat markah walaupun tak boleh kalahkan markah Ibnu Batuta. Bolasepak sekolah ana hebat juga kerana pernah ke peringkat negeri. Takraw kena tunggu 10 tahun lagi. Bola baling kena latih dan perlu ada jurulatih. Apa-apa pun tahniah...ana juga pernah jadi Johan main bolasepak liga 20 sen.....

BAWAH 15 TAHUN (click gambar untuk enlarge)

       

            

                                
                             

Wednesday, June 29, 2011

Kenangan Bilik Kemahiran Hidup

Hari ini 29 Jun ana ada pergi ke bilik KH untuk melihat rangka bangunan yang telah hampir dirobohkan. Lepas ni akan ada kontraktor akan merobohkan semua struktur bangunan dan kemudian akan dinaikkan pula bangunan baru tiga tingkat. Ana tak pasti bila siap. Sebab buat masa ini belum ada tanda bila nak mula. Jika pasang siap cepat sikit. Mungkin setahun boleh guna. Ana juga tak pasti bila siap kelas adakah ana masih mengajar di sini. Kepada bekas pelajar sekolah ana yang sering belajar KH di bangunan tersebut mungkin masih ingat kenangan di situ. Bilik KH ni terletak dekat padang. Bagi ana boleh dihitung berapa kali ana ke bilik KH. Untuk apa ya...?

        
   

        
  

Monday, June 27, 2011

Pertemuan Ukhwah

Hari ini ana lihat pelajar Thailand dari sekolah ana dibawa ke Mahadiah Kajang untuk berjumpa dengan rakan mereka yang telah datang pada tahun 2010. Walaupun cuaca agak dingin tetapi pelajar Thai sekolah ana tetap ceria untuk berjumpa dengan kawan mereka. Sepanjang mereka berada di sini belum ada rungutan seperti rindu pada ibu bapa. Mereka memang tabah. Kalau pelajar Kuala Lumpur macam mana ya?

Bulan Julai Sukan...tak lambat?

Sekarang ni sekolah ana mula sibuk nak sukan. Bukan sukan tahunan acara trek dan field. Tapi sukan permainan seperti bola sepak, bola jaring, bola baling dan sepak takraw. Apa yang beza pada tahun ini ialah setiap sekolah diarahkan supaya buat sukan pada bulan Julai. Sebab itulah la ni sekolah ana tengak sibuk nak buat karnival sukan. Sebenarnya merentas desa (sekolah ana panggil 'road run') dah lama dijalankan. Cuma sukan belum lagi. Biasalah rumah sukan mana yang sedang mendahului....tentulah Ibnu Batuta. Rumah sukan mana yang paling akhir...tentulah rumah sukan ana, Ibnu Khaldun..

Oleh kerana hanya ada empat rumah sukan, jadi permulaan karnival sukan yang bermula hari ini (27 Jun) akan dilangsung terus pada peringkat separuh akhir. Menang.. masuk final lah. Kalau kalah, dan ada rezeki dapatlah satu markah. Karnival akhir dijangka pada 23 Julai dengan pertandingan akhir setiap acara. Bila buat karnival, dapatlah ramai pelajar masuk acara..taklah dikuasai oleh mereka yang kuat berlari jika buat sukan olahraga sahaja..Bukankah 1 sukan 1 pelajar....tapi tak lambatke?

Saturday, June 25, 2011

Bilik Kemahiran Hidup

Pada tahun 2011, sekolah ana menerima peruntukan untuk membina satu blok bangunan baru menggantikan bangunan lama Kemahiran Hidup. Bagi antum yang masih ingat, kelas kemahiran hidup tu terletak bersebelahan padang dan disitulah juga nanti bangunan baru akan dibina. Buat masa kini masih dalam pembinaan peringkat awal. Buat masa ini juga kelas kemahiran hidup akan dibuat di asrama...

Ambil Slip peperiksaan Setengah Tahun

Sudah menjadi satu budaya selepas peperiksaan setengah tahun setiap sekolah pasti akan minta ibu bapa datang ke sekolah untuk ambil keputusan periksa. Ada dalam bentuk buku laporan dan ada juga dalam bentuk sehelai kertas. Sekolah rendah, menengah atau sekolah rendah agama. Maka datanglah ibu bapa dan berbincang dengan guru kelas atau guru mata pelajaran tentang prestasi murid tersebut. Sepanjang ana bersekolah budaya ini tak pernah dialami oleh bapa ana. Bila dan habis periksa guru siapkan buku laporan kemajuan. Bila dah siap, guru akan minta pelajar bawa pulang dan tunjukkan kepada ibu bapa untuk dilihat dan ditandatangani. Maknanya, zaman 70-an perbincangan tentang prestasi anak-anak selepas ujian tidak berlaku. Dulu bapa tak kisah berapa anak mereka dapat A. Yang penting anaknya boleh menguasai kemahiran terutamanya membaca. Kalau dapat hadiah dalam ujian, itu adalah satu penghargaan kepada murid tersebut. 

Tetapi kini zaman dah berubah. Budaya hari menuai kecemerlangan pasti diadakan di setiap sekolah. Misalnya di sekolah ana telah diadakan pada 25 Jun. Walaupun anak bukan guru kelas, tetapi anak terlibat sebagai pembantu guru kelas. Memanglah setiap ibu bapa pasti ingin melihat anak mereka dapat A dalam setiap ujian. Kalau dapat A ibu bapa panjatkan rasa kesyukuran. Kalau anak dapat markah agak sederhana dan lemah, ibu bapa pasti inginkan perubahan markah anak dalam ujian akan datang. Persoalan seperti apakah program sekolah yang dapat membantu pelajar dan keberkesanan program yang dah dibuat sering menjadi tajuk perbincangan. Kadang-kadang terlihat juga kekeciwaan pada raut ibu bapa tentang program yang dijalankan tidak berupaya untuk menjadikan anak mereka mendapat markah yang tinggi. Tak kurang juga ada ibu bapa yang meluahkan perasaan tentang anak mereka berbeza tatkala berada di rumah berbanding di sekolah.

Ucapan terima kasih, luahan perasaan, pelbagai persoalan, rasa keciwa dan kehendak ibu bapa adalah satu cabaran yang perlu dipikul oleh guru ataupun warden yang bertugas di sekolah berasrama. Membuat perbandingan dengan sekolah elit juga turut bermain dalam fikiran ibu bapa walaupun sekolah ana bukanlah sebuah sekolah tahap SBP. Keputusan tidak ramai mendapat straight A dalam SPM 2010 juga meningkatkan lagi cabaran guru di sekolah ana untuk membuat perubahan bilangan straight A dalam PMR dan SPM 2011.  Apa yang pasti kebimbangan tetap terpancar bagi ana untuk melihat kejayaan seperti yang disasarkan straight A pada tahun ini yang cukup berbeza pada pencapaian tahun-tahun sebelumnya. Cukup tercabar...

Thursday, June 23, 2011

BUAT LAWATAN MANA PULA TU?

Ana kini sedang berusaha membuat satu lawatan ke negeri Perak tempat kelahiran ana. Sebelumni ana rajin buat lawatan setakat Gua Tempurung dan Sg Klah saja. Kini nak ubah angin sampai ke Kuala Kangsar dan Lenggong. Banyak juga tempat menarik di sana seperti Muzium Diraja, Memorial Sukltan Azlan Shah, Masjid Ubudiah dan Muzium Arkeologi. Buat masa ni baru nak submit kertas kerja. Kalau tak ada aral, hujung bulan Julai rombongan ke Perak akan berlaku. Jimat memang jimat sebab guna bas sekolah. Jika tak mahal bangat. Dulu masa kecik-kecik ada jiran selalu buat rombongan sampai terlekat nama toke rombongan. Ana...tak kut..tapi dah terlekat nama Cikgu SPBT..

Sunday, June 19, 2011

Gotong-royong INTERLOK

Interlok merupakan sebuah novel untuk SPM bermula 2011. Namun ada isu yang berlaku dalam novel tersebut sehingga menjadi isu nasional. Isu terpaksa diselesaikan dengan bijaksana seperti perpatah melayu, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak. Jadi pada 17 Jun lepas, sekolah ana buat gotong-royong untuk menampal bahagian yang telah dipersetujui. Mungkin sekolah lainpun buat aktiviti ini. Ingatkan sekejap. Rupanya mengambil masa dua jam nak siapkan menampal. Best juga suasana tu. Sebelum ni buku biology dan sivik. Sedikit jer. Yang tu tak payah buat gotong-royong. Tapi interlok perlu. Sebab kalau tak buat, pelajar tingkatan 5 nak jawab macam mana dalam SPM kelak. Apa-apapun tahniah pada cikgu sekolah ana walaupun gotong-royong turut dijemput staff sokongan. Tapi tiada sokongan. 


Taklimat dulu

belek muka surat lak


Baca dulu sekejap

Dah mula tampal


Ustaz pun tampal

Tampal berdua pun ada


Lepas tampal, garis tebal lak

Isi maklumat lak


Susun untuk ikat

Belajar ikat


Banyak dah ikat

Kumpulan akhir ikat. TQ

Friday, June 17, 2011

Sawadhikam student from Thailand

Hari ini sejarah tercipta dengan kemasukan 29 pelajar T1 dari Thailand ke sekolah ana (17 Jun). Biasalah tugas ana sebagai pengacara. Rata-ratanya dari Selatan Thailand dan sedikit boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Melayu. Cukup menakjubkan dengan semangat mereka walaupun nanti berjauhan dengan keluarga. Tahun ni kelas peralihan. Tahun depan tingkatan 1 dengan sukatan pelajaran negara kita lah. Yang hebatnya, ada ibu bapa mereka yang datang dan ambil cuti beberapa hari. Semuanya dalam keadaan ceria dan bersedia untuk berpisah dengan anak mereka. Anak mereka juga ada menampakkan ketabahan yang tinggi dan spiritual yang kuat.

Setiap guru juga mendapat seorang pelajar Thailand dengan tujuan untuk membantu mereka. Sekali-sekala nak bawa balik ke rumah mungkin tidak ada masalah kut. Apa salahnyer. Nanti boleh belajar cakap Thai. dan mereka fasihkan cakap Melayu. Sama-sama belajar bahasa. Yang penting ana mesti belajar cakap Thai. Kalau tidak rugi...

Friday, June 10, 2011

Pegawai Pencen Kena Rai?

Sejarah ana di sekolah sekarang ni, baru tiga orang pegawai kerajaan yang dah pencen. Selepas lebih 25 tahun berkhidmat, kena pencenlah. Ada pencen 55 tahun, ada 56 tahun dan kini 58 tahun. Dah tua tu. Bila hari akhir, selalunya akan diadakan majlis perpisahan atau hari akhir mengetip punch card. Di dada akhbar, ana biasa lihat guru yang pencen akan dirai dan diakhiri guru pencen akan ditarik kereta oleh pelajar dengan tali atau diarak dengan menaiki kereta mewah. Misalnya, 2007, pengetua ana pencen dan ana jadi pengacara majlis perpisahannya. Kemudian diarak dengan kereta BMW.

Tapi sayang, tidak semua guru atau pegawai yang pencen akan sempat dirai. Kadang-kadang berlaku kekangan masa. Bagi ana,  persaraan adalah hari yang paling bersejarah selepas berkhidmat sekian lama. Selalunya perbincangan diadakan untuk meraikan majlis persaraan kakitangan dan lagipun ada dalam peruntukan kewangan. Dulu masa bekas pengetua sekolah ana pencen, ada yang tak dijangka berlaku. Ada persembahan kumpulan RAIHAN. First time ana tengok kumpulan RAIHAN secara live. Yelah, ana ni anak orang kampung tak cukup ongkos. Tak semua yang pencen tu dapat dirai. Kadang-kadang ada rasa nak buat tapi tak jadi. Diharapkan situasi ini tak berlaku di setiap organisasi. Betulke?

Kalau ana pencen dan tak dirai, pasti ana sedih. Apatah lagi kalau dah berkhidmat di sekolah akhir dengan jangka masa yang lama. Bagi pegawai yang pencen tidak dirai, ana amat simpati. Mudah-mudahan segala jasa yang ditabur dapat ganjaran ilahi. Itu yang penting. Tapi kadang-kadang yang peliknya pegawai yang berpindah tempat baru pula akan dirai sekurang-kurangnya jamuan makan. Tapi masa ana pindah di dua buah sekolah tak ada pulak di rai. Tak de rejekilah. Dalam hal ini, ana masih dalam keadaan pelik...betulke tu? 

Thursday, June 9, 2011

Penerimaan pelajar muslim Thailand

Ana ingin maklumkan bahawa pada 17 Jun, seramai 30 pelajar muslim (15 putera dan 15 puteri) daripada negara Thailand akan menuntut ilmu selama enam tahun di sekolah ana bermula dengan peralihan hinggalah ke tingkatan 5. Ini adalah program goverment to government (G2G) untuk kohort yang ke4. Selain itu, pengambilan pelajar Thailand akan dilakukan selama 3 tahun berturut-turut mulai 2011, 2012 dan 2013. Pemilihan sekolah ana adalah disebabkan terdapat kekosongan tempat dan juga asrama bagi putera dan puteri. Untuk 6 bulan pertama, antum akan diberi kelas peralihan dengan mata pelajaran BM, Science dan Mathematics.

Jadi kedatangan antum menyebabkan kelas tingkatan 1 sekarang ni akan dirombak daripada 5 kelas kepada 4 kelas. Setiap kelas akan menjadi 35 orang murid. Pelajar Thailand akan dikelompokkan dalam satu kelas. Bagi ana, gembira juga dapat menerima pelajar luar negara. Ana tak pasti bila dah masuk kelas biasa mulai tahun 2012, ana akan mengajar sejarah atau tidak. Sebab sebelum ni, ana ajar semua sejarah tingkatan 1. Diharapkan kedatangan antum akan memberi saingan yang tinggi terhadap pelajar sekolah ana. Mungkin juga sekolah ana kelak, akan didatangi dengan kerap oleh nazir, Pejabat Pelajaran Derah, JPN, SPI, BPI, KPM, kedutaan Thailand dan mungkin juga pelancong luar. Jadi, cikgu-cikgu sekolah ana tak boleh lagi "duduk dan berjalan' tapi kena 'berlari' dalam tugas. Apa-apapun ana ucapkan SAWATDHIKAM.  

Sayapun anak peneroka- Kena keting

Ana dah kata ana kadang kala main bola dengan orang yang lebih tua. Masa tingkatan 1 badan ana kecil. Waktu petang join main bola. Selalunya orang tak bagi bola pada ana. Jadi, kalau nak bola ana kena rebut dan kejar. Kadang-kadang dapat dan kadang-kadang keluar peluh je. Satu peristiwa yang tak dapat dilupakan, ana rebut bola dari kawan ana, namanya "Di" saja. Badannya besar dan tinggi. Jarak umur dengan ana 7 tahun. Kali pertama rebut ok lagi. Kali kedua ana kejar bola, diapun kejar juga bola. Akhirnya kedua-dua keting berlaga. Dia menjerit aduh. Ana apa lagi. Sakitnya...Ana berhenti main. Ana cuba jalan. Terhincut-hincut. Sampai di kedai Kak Ah, ana duduk. Tak boleh jalan. Sakit sangat. Dalam sakit-sakit, ana jalan juga dan sampai rumah yang tak jauh dari padang, 200 meter je. Ana lihat kaki ana mula bengkak. Mak bapa ana tak marah sebab main bola. Bila dah bengkak lagi tak boleh berdiri. Esok nak sekolah. Macam mana ni? Akhirnya ana terpaksa tak datang sekolah. Tapi bukan sehari, sebaliknya seminggu ana tak datang sekolah. Bila datang sekolah, cikgu tanya kenapa tak datang sekolah. Ana jawab, 'kena keting sebab main bola'.

Kena Keting = bahagian bawah lutut berlaga dengan orang lain. 

Wednesday, June 8, 2011

Sayapun anak peneroka- Liga 20 sen

Semasa ana di sekolah rendah hingga ting 3, ana minat main bola. Kadang-kadang main dengan orang yang lebih dewasa. Kadang-kadang main bersama dengan rakan sebaya. Bola..bola getahje. Kalau sepak perlahanpun pergi laju. Selalunya warna hijau. Sepanjang main bola, ana selalu masuk liga bolasepak. Bukan macam MSSM tuh. Tapi liga 20 sen je. Sesiapa yang nak main, kena bayar 20 sen. Kalau dah cukup 16 orang, akan diundi. Satu team 4 orang. Kadang2 buat round robin. Dua tempat teratas masuk final. Sepanjang liga 20 sen, ana ingat tiga kali jadi johan. Johan saja dapat hadiah, iaitu 80 sen. Lepas tu pekena maggilah di kedai Pak Leman. Kalau team banyak, dapatlah seringgit atau RM1.20. Walaupun dapat 80sen, tapi bangga sebab Johan. 

Akupun anak peneroka- Sistem piramid?

Sebenarnya ana baru balik dari kampung ana di Felda Lasah. Cuti sekolah. Pada 8 Jun 2011, lepas solat Isyak di masjid, ana beli sardin besar cap ayam, harganya RM6.00. Harganya adalah harga yang paling mahal pernah ana beli sardin cap ayam termasuklah di Bukit Beruntung. Kasihan orang kampung ana. Itu baru sardin. Yang lain ana tak tahu. Tetapi menurut kawan ana, harga di Felda memang mahal, sebab kos penghantaran jauh. Maklumlah kampung ana ni, 18 km dari pekan sungai siput. Pedalaman sikit.

Selepas beli sardin, ana kena sekat di kedai tersebut. Anak pekedai yang perempuan suruh tunggu sekejap. Dia kata nak promosi mee rebus. Memang ana nampak ada banyak mee rebus atas meja. Ana percaya. Tapi ana serba salah. Ana macam nak balik cepat nak suruh isteri ana masak sardin. Ana kemudian nampak kawan ana. Ana pun akhirnya tunggu dan berbual dengan kawan ana.

Bila dikedai tu dah ramai orang datang, seorang lelaki mengambil tempat dan menunjukkan beberapa slaid. Rupanya barulah ana faham mengapa ana kena tahan tak boleh balik. Sebab orang lelaki tu nak promosi program perniagaan yang boleh menguntungkan. Orang tu kata, kalau kita bayar bil di pejabat pos, kita tak dapat apa-apa komisen. Yang dapat komisen adalah pejabat pos. Tapi melalui sistem yang dibuat oleh syarikat orang lelaki itu, bila bayar bil kelak, orang yang bayar bil akan dapat komisen seperti pejabat pos. Tapi mesti mendaftarkan dengan syarikat orang lelaki itu. Kena bayar bawah RM100. Dan lagi, mesti ada downline seramai 10 orang. Sistem sebegini dah biasa wujud dan ada yang lingkup dan ditamatkan. Tapi untuk syarikat tu ana tak tahu bagaimana kesudahannya. Ana memang tak minat benda-benda macam tu. Dapat makan mee rebuspun jadilah. Sekarang ni, orang Felda pun telah didedahkan dengan cara untuk tambah pendapatan. Itu satu cara. Kalau nak masuk, masuklah. Tapi ana tak minat. Bila sebut downline, tentu ada unsur sistem piramid. Walaupun pelaburannya sikit, Orang kampungku, hati-hati...sebab jiwa orang kampung kalau terkena RM100, macam seribu..banyaktu... 

Wednesday, June 1, 2011

Pengorbanan ibu- Kisah benar

Ana ingin berkongsi pengalaman tentang pengorbanan seorang ibu. Ana sengajakan postkan di sini. Sepatutnya ana tulis diruangan pages (Akupun anak peneroka). Pada mulanya ibu ni pernah berkahwin dan cerai mati (balu). Kemudian berkahwin kali kedua dan menetap di tanah rancangan bersama suaminya yang baru. Ibu ini telah mempunyai seorang anak. Suami yg baru mempunyai ramai anak. Ada yang dah besar dan bekerja dan ada juga yang masih kecil dan perlu dijaga oleh ibu ini (ibu tiri). Kehidupan di tanah rancangan macam biasalah, kalau tak kerja tak makan lah jawabnya. Jadi kehidupan suami isterinya sama macam peneroka yang lain sehinggalah melahirkan beberapa orang anak. Anak tiri yang dijaga tadi telahpun besar dan berkahwin serta telah berpindah menetap di kawasan lain. Tidak lama kemudian, suaminya mendapat kemalangan dan meninggal dunia. Maka kini tinggallah ibu ini dengan dua kali menjanda. Tinggal di rumah pusaka suami dan anak-anaknya.

Kehidupan perlu diteruskan. Ibu ini terpaksa mencari rezeki untuk anak-anaknya. Menoreh getah dan menjual pucuk-pucuk hutan. Anak tirinya yang dah besar dan ada pendapatan lain sekali sekala ziarah. Hampir beberapa tahun menjanda, ibu ini akhirnya dilamar sekali lagi oleh seorang lelaki yang juga telah kematian isteri. Mereka berkahwin. Perkahwinan ketiga bagi ibu ini dan kedua bagi suaminya yang baru. Pada peringkat awal, suami tinggal di rumah isteri dan akhirnya mendapat seorang cahaya mata. Entah macam mana, suami ingin tinggal di rumahnya sendiri yang tak jauh dari situ. Bila dah suami tinggal di rumahnya, isteri kena ikut. Bila dah ikut, rumah peninggalan suami yang telah meninggal kena tengok dan bersihkan. Rupa-rupanya, apabila isteri ikut tinggal di rumah suami baru, anak-anak suaminya macam tidak menerima kehadiran ibu tiri. Kelamaannya, ibu ini terpaksa kembali ke rumah tinggalan suaminya dan suaminya yang baru akan berulang-alik untuk jemput pergi menoreh getah dan hantar balik. Kadang-kadang semalam dua, si suami akan tidur di situ.

Ditakdirkan Allah, suaminya yang baru itu pula telah meninggal dunia. Sekali lagi ibu ini menjadi balu untuk kali ketiga. Si ibu terus menetap dirumah peninggalan suami kedua tadi tanpa ada masalah. Entah macam mana satu masalah baru timbul apabila anak suami kedua yang pernah dijaga waktu kecil ingin pulang ke kampung halaman dan menetap di rumah itu. Anak tirinya itu juga telah bercerai hidup. Anak tirinya itu inginkan rumah itu. Si ibu dalam kebingungan. Sekiranya rumah itu diserahkan, si ibu terpaksa mencari rumah lain. Jika tidak diserahkan, anak tiri akan memaksa supaya si ibu pindah. Untuk tinggal bersama, tidak ada dalam kamus perbincangan.

Si ibu dalam dilema...Walaupun dia adalah seorang ibu tiri, dan pernah menjaga, si ibu perlu buat keputusan...Akhirnya si ibu meninggalkan rumah itu dan kembali sehelai sepinggang ke kampung halamannya yang asal. Buat masa ini ana tak tahu kisah selanjutnya.

Sebagai seorang insan mengapakah seorang ibu tiri sanggup diperlakukan sedemikian oleh anak-anak tirinya?