Saturday, April 14, 2012

Mesyuarat PBS seluruh KL

Tahniah diucapkan kepada semua jurulatih utama sekolah seluruh KL kerana telah berjaya menghadiri kursus PBS selama tiga hari untuk mata pelajaran sejarah bermula pada 9, 10 dan 12 April yang lalu. Semua JUS telah didedahkan tentang tambahbaik PMR bermula 2012. JUS juga telah diberi penataran tentang penggunaan dokumen standard prestasi dan pentaksiran pusat. Apa yang paling membanggakan ialah semua JUS berjaya membawa pulang dua set instrumen antara bab 1 hingga bab 10 sejarah tingkatan 1. Semua instrumen yang dibina adalah kesan daripada bengkel yang telah dijalankan. Mudah-mudahan instrumen tersebut dapat dijadikan pemangkin kepada guru sejarah untuk mempelbagaikan instrumen yang lain pula.

Semasa perasmian oleh Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan JPNWP pada 9 April, antara intipati ucapan ialah:
1. Guru perlu memahami tugas guru mata pelajaran
2. Pentaksiran yang baru merupakan satu tugas/ tanggungjawab
3. PBS merupakan satu program transformasi (GTP)
4. Transformasi pentaksiran sekolah adalah satu bentuk yang baru- dilaksanakan dari KSSR hinggalah KSSM kelak (KBSM masih digunakan kini untuk PBS tingkatan 1).
5. Tugas utama adalah P&P.
6. Guru perlu bertanya untuk dapatkan maklumat tentang PBS.
7. Kemenjadian murid adalah perkara yang diharapkan oleh KPM
8. Wilayah Asia Tenggara akan menjadi Asean Community
9. Murid perlu ada kemahiran untuk kuasai bahasa.
10. Nilai etika, kerohanian, kemahiran berfikir perlu ada pada murid.
11. Identiti nasional dan jatidiri parlu ada pada murid.
12. Sikap kesukarelaan juga perlu dilahirkan dalam diri murid.