Pada tahun 2011, sekolah ana menerima peruntukan untuk membina satu blok bangunan baru menggantikan bangunan lama Kemahiran Hidup. Bagi antum yang masih ingat, kelas kemahiran hidup tu terletak bersebelahan padang dan disitulah juga nanti bangunan baru akan dibina. Buat masa kini masih dalam pembinaan peringkat awal. Buat masa ini juga kelas kemahiran hidup akan dibuat di asrama...
Blog ini bertujuan untuk memuatkan pelbagai bentuk ilmu yang boleh dimanfaatkan kepada orang lain. Selain itu turut dicatatkan perkembangan dan peristiwa yang berlaku di sekolah ana dengan harapan mendapat iktibar kerana sejarah adalah satu iktibar bagi mereka yang memahami.
Saturday, June 25, 2011
Ambil Slip peperiksaan Setengah Tahun
Sudah menjadi satu budaya selepas peperiksaan setengah tahun setiap sekolah pasti akan minta ibu bapa datang ke sekolah untuk ambil keputusan periksa. Ada dalam bentuk buku laporan dan ada juga dalam bentuk sehelai kertas. Sekolah rendah, menengah atau sekolah rendah agama. Maka datanglah ibu bapa dan berbincang dengan guru kelas atau guru mata pelajaran tentang prestasi murid tersebut. Sepanjang ana bersekolah budaya ini tak pernah dialami oleh bapa ana. Bila dan habis periksa guru siapkan buku laporan kemajuan. Bila dah siap, guru akan minta pelajar bawa pulang dan tunjukkan kepada ibu bapa untuk dilihat dan ditandatangani. Maknanya, zaman 70-an perbincangan tentang prestasi anak-anak selepas ujian tidak berlaku. Dulu bapa tak kisah berapa anak mereka dapat A. Yang penting anaknya boleh menguasai kemahiran terutamanya membaca. Kalau dapat hadiah dalam ujian, itu adalah satu penghargaan kepada murid tersebut.
Tetapi kini zaman dah berubah. Budaya hari menuai kecemerlangan pasti diadakan di setiap sekolah. Misalnya di sekolah ana telah diadakan pada 25 Jun. Walaupun anak bukan guru kelas, tetapi anak terlibat sebagai pembantu guru kelas. Memanglah setiap ibu bapa pasti ingin melihat anak mereka dapat A dalam setiap ujian. Kalau dapat A ibu bapa panjatkan rasa kesyukuran. Kalau anak dapat markah agak sederhana dan lemah, ibu bapa pasti inginkan perubahan markah anak dalam ujian akan datang. Persoalan seperti apakah program sekolah yang dapat membantu pelajar dan keberkesanan program yang dah dibuat sering menjadi tajuk perbincangan. Kadang-kadang terlihat juga kekeciwaan pada raut ibu bapa tentang program yang dijalankan tidak berupaya untuk menjadikan anak mereka mendapat markah yang tinggi. Tak kurang juga ada ibu bapa yang meluahkan perasaan tentang anak mereka berbeza tatkala berada di rumah berbanding di sekolah.
Ucapan terima kasih, luahan perasaan, pelbagai persoalan, rasa keciwa dan kehendak ibu bapa adalah satu cabaran yang perlu dipikul oleh guru ataupun warden yang bertugas di sekolah berasrama. Membuat perbandingan dengan sekolah elit juga turut bermain dalam fikiran ibu bapa walaupun sekolah ana bukanlah sebuah sekolah tahap SBP. Keputusan tidak ramai mendapat straight A dalam SPM 2010 juga meningkatkan lagi cabaran guru di sekolah ana untuk membuat perubahan bilangan straight A dalam PMR dan SPM 2011. Apa yang pasti kebimbangan tetap terpancar bagi ana untuk melihat kejayaan seperti yang disasarkan straight A pada tahun ini yang cukup berbeza pada pencapaian tahun-tahun sebelumnya. Cukup tercabar...
Thursday, June 23, 2011
BUAT LAWATAN MANA PULA TU?
Ana kini sedang berusaha membuat satu lawatan ke negeri Perak tempat kelahiran ana. Sebelumni ana rajin buat lawatan setakat Gua Tempurung dan Sg Klah saja. Kini nak ubah angin sampai ke Kuala Kangsar dan Lenggong. Banyak juga tempat menarik di sana seperti Muzium Diraja, Memorial Sukltan Azlan Shah, Masjid Ubudiah dan Muzium Arkeologi. Buat masa ni baru nak submit kertas kerja. Kalau tak ada aral, hujung bulan Julai rombongan ke Perak akan berlaku. Jimat memang jimat sebab guna bas sekolah. Jika tak mahal bangat. Dulu masa kecik-kecik ada jiran selalu buat rombongan sampai terlekat nama toke rombongan. Ana...tak kut..tapi dah terlekat nama Cikgu SPBT..
Sunday, June 19, 2011
Gotong-royong INTERLOK
Interlok merupakan sebuah novel untuk SPM bermula 2011. Namun ada isu yang berlaku dalam novel tersebut sehingga menjadi isu nasional. Isu terpaksa diselesaikan dengan bijaksana seperti perpatah melayu, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak. Jadi pada 17 Jun lepas, sekolah ana buat gotong-royong untuk menampal bahagian yang telah dipersetujui. Mungkin sekolah lainpun buat aktiviti ini. Ingatkan sekejap. Rupanya mengambil masa dua jam nak siapkan menampal. Best juga suasana tu. Sebelum ni buku biology dan sivik. Sedikit jer. Yang tu tak payah buat gotong-royong. Tapi interlok perlu. Sebab kalau tak buat, pelajar tingkatan 5 nak jawab macam mana dalam SPM kelak. Apa-apapun tahniah pada cikgu sekolah ana walaupun gotong-royong turut dijemput staff sokongan. Tapi tiada sokongan.
| Taklimat dulu |
| belek muka surat lak |
| Baca dulu sekejap |
| Dah mula tampal |
| Ustaz pun tampal |
| Tampal berdua pun ada |
| Lepas tampal, garis tebal lak |
| Isi maklumat lak |
| Susun untuk ikat |
| Belajar ikat |
| Banyak dah ikat |
| Kumpulan akhir ikat. TQ |
Friday, June 17, 2011
Sawadhikam student from Thailand
Hari ini sejarah tercipta dengan kemasukan 29 pelajar T1 dari Thailand ke sekolah ana (17 Jun). Biasalah tugas ana sebagai pengacara. Rata-ratanya dari Selatan Thailand dan sedikit boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Melayu. Cukup menakjubkan dengan semangat mereka walaupun nanti berjauhan dengan keluarga. Tahun ni kelas peralihan. Tahun depan tingkatan 1 dengan sukatan pelajaran negara kita lah. Yang hebatnya, ada ibu bapa mereka yang datang dan ambil cuti beberapa hari. Semuanya dalam keadaan ceria dan bersedia untuk berpisah dengan anak mereka. Anak mereka juga ada menampakkan ketabahan yang tinggi dan spiritual yang kuat.
Setiap guru juga mendapat seorang pelajar Thailand dengan tujuan untuk membantu mereka. Sekali-sekala nak bawa balik ke rumah mungkin tidak ada masalah kut. Apa salahnyer. Nanti boleh belajar cakap Thai. dan mereka fasihkan cakap Melayu. Sama-sama belajar bahasa. Yang penting ana mesti belajar cakap Thai. Kalau tidak rugi...
Setiap guru juga mendapat seorang pelajar Thailand dengan tujuan untuk membantu mereka. Sekali-sekala nak bawa balik ke rumah mungkin tidak ada masalah kut. Apa salahnyer. Nanti boleh belajar cakap Thai. dan mereka fasihkan cakap Melayu. Sama-sama belajar bahasa. Yang penting ana mesti belajar cakap Thai. Kalau tidak rugi...
Friday, June 10, 2011
Pegawai Pencen Kena Rai?
Sejarah ana di sekolah sekarang ni, baru tiga orang pegawai kerajaan yang dah pencen. Selepas lebih 25 tahun berkhidmat, kena pencenlah. Ada pencen 55 tahun, ada 56 tahun dan kini 58 tahun. Dah tua tu. Bila hari akhir, selalunya akan diadakan majlis perpisahan atau hari akhir mengetip punch card. Di dada akhbar, ana biasa lihat guru yang pencen akan dirai dan diakhiri guru pencen akan ditarik kereta oleh pelajar dengan tali atau diarak dengan menaiki kereta mewah. Misalnya, 2007, pengetua ana pencen dan ana jadi pengacara majlis perpisahannya. Kemudian diarak dengan kereta BMW.
Tapi sayang, tidak semua guru atau pegawai yang pencen akan sempat dirai. Kadang-kadang berlaku kekangan masa. Bagi ana, persaraan adalah hari yang paling bersejarah selepas berkhidmat sekian lama. Selalunya perbincangan diadakan untuk meraikan majlis persaraan kakitangan dan lagipun ada dalam peruntukan kewangan. Dulu masa bekas pengetua sekolah ana pencen, ada yang tak dijangka berlaku. Ada persembahan kumpulan RAIHAN. First time ana tengok kumpulan RAIHAN secara live. Yelah, ana ni anak orang kampung tak cukup ongkos. Tak semua yang pencen tu dapat dirai. Kadang-kadang ada rasa nak buat tapi tak jadi. Diharapkan situasi ini tak berlaku di setiap organisasi. Betulke?
Kalau ana pencen dan tak dirai, pasti ana sedih. Apatah lagi kalau dah berkhidmat di sekolah akhir dengan jangka masa yang lama. Bagi pegawai yang pencen tidak dirai, ana amat simpati. Mudah-mudahan segala jasa yang ditabur dapat ganjaran ilahi. Itu yang penting. Tapi kadang-kadang yang peliknya pegawai yang berpindah tempat baru pula akan dirai sekurang-kurangnya jamuan makan. Tapi masa ana pindah di dua buah sekolah tak ada pulak di rai. Tak de rejekilah. Dalam hal ini, ana masih dalam keadaan pelik...betulke tu?
Thursday, June 9, 2011
Penerimaan pelajar muslim Thailand
Ana ingin maklumkan bahawa pada 17 Jun, seramai 30 pelajar muslim (15 putera dan 15 puteri) daripada negara Thailand akan menuntut ilmu selama enam tahun di sekolah ana bermula dengan peralihan hinggalah ke tingkatan 5. Ini adalah program goverment to government (G2G) untuk kohort yang ke4. Selain itu, pengambilan pelajar Thailand akan dilakukan selama 3 tahun berturut-turut mulai 2011, 2012 dan 2013. Pemilihan sekolah ana adalah disebabkan terdapat kekosongan tempat dan juga asrama bagi putera dan puteri. Untuk 6 bulan pertama, antum akan diberi kelas peralihan dengan mata pelajaran BM, Science dan Mathematics.
Jadi kedatangan antum menyebabkan kelas tingkatan 1 sekarang ni akan dirombak daripada 5 kelas kepada 4 kelas. Setiap kelas akan menjadi 35 orang murid. Pelajar Thailand akan dikelompokkan dalam satu kelas. Bagi ana, gembira juga dapat menerima pelajar luar negara. Ana tak pasti bila dah masuk kelas biasa mulai tahun 2012, ana akan mengajar sejarah atau tidak. Sebab sebelum ni, ana ajar semua sejarah tingkatan 1. Diharapkan kedatangan antum akan memberi saingan yang tinggi terhadap pelajar sekolah ana. Mungkin juga sekolah ana kelak, akan didatangi dengan kerap oleh nazir, Pejabat Pelajaran Derah, JPN, SPI, BPI, KPM, kedutaan Thailand dan mungkin juga pelancong luar. Jadi, cikgu-cikgu sekolah ana tak boleh lagi "duduk dan berjalan' tapi kena 'berlari' dalam tugas. Apa-apapun ana ucapkan SAWATDHIKAM.
Jadi kedatangan antum menyebabkan kelas tingkatan 1 sekarang ni akan dirombak daripada 5 kelas kepada 4 kelas. Setiap kelas akan menjadi 35 orang murid. Pelajar Thailand akan dikelompokkan dalam satu kelas. Bagi ana, gembira juga dapat menerima pelajar luar negara. Ana tak pasti bila dah masuk kelas biasa mulai tahun 2012, ana akan mengajar sejarah atau tidak. Sebab sebelum ni, ana ajar semua sejarah tingkatan 1. Diharapkan kedatangan antum akan memberi saingan yang tinggi terhadap pelajar sekolah ana. Mungkin juga sekolah ana kelak, akan didatangi dengan kerap oleh nazir, Pejabat Pelajaran Derah, JPN, SPI, BPI, KPM, kedutaan Thailand dan mungkin juga pelancong luar. Jadi, cikgu-cikgu sekolah ana tak boleh lagi "duduk dan berjalan' tapi kena 'berlari' dalam tugas. Apa-apapun ana ucapkan SAWATDHIKAM.
Subscribe to:
Posts (Atom)