Thursday, December 22, 2011

PMR TERBAIKK

  Sekalung tahniah untk pelajar tingkatan 3 sekolah ana atas kejayaan cemerlang dalam PMR 2011. Daripada 160 calon, 56 calon dapat straight 9A. Manakala 38 calon dapat straight 8A. Pencapaian calon juga dapat meningkatkan kualiti gred purata sekolah daripada 1.25 kepada 1.23. Hebat bagi sekolah dan terbaeek. Bagi subjek ana pula ada sikit merosot daripada 1.16 kepada 1.28 gred purata. Walaupun merosot, ana ucapkan rasa syukur Alhamdulillah kerana tidak ada calon yang dapat gred D dan E. 

Berdasarkan ujian intervensi, pertengahan dan trial, hampir 15 calon dapat gred D dan juga gred E. Itulah yang lebih ana bimbangkan. Kejatuhan gred purata bagi subjek ana, memang ana jangkakan dan apabila pengetua tanya ana semasa meeting tentang apakah boleh capai dalam PMR kelak, ana jawab "Saya tak berani cakap". Maksud ana ada calon-calon yang sangat membimbangkan ana. Tapi Allah telah memberi ketentuan, bahawa semua calon lulus sekurang-kurangnya gred C. Sebab itu, bila ana lihat result dengan sedikit merosot, ana ucapkan Alhamdulillah kerana tidak ada calon yang gagal. Ada rakan ana agak terkejut, kerana ana ucap Alhamdulillah walaupun merosot. 

p.s.: Dah tiga kali berturut-turut naik, dan kali ini sesekali perlu jatuh untuk kebaikan dan iktibar. 

 

Tuesday, December 20, 2011

SYOKNYA BERBENGKEL

Ana dapat merasakan bahawa sekolah ana merupakan antara sekolah terawal di Malaysia yang telah membuat mesyuarat pertama untuk 2012 dan berbengkel untuk menghasilkan pelan strategik iaitu antara 11 hingga 13 dan 14 Disember untuk keputusan PMR. Hebat bukan! Ana enjoy bila mesyuarat dan bengkel. Bagi ana mesyuarat dan bengkel adalah masa yang paling sesuai untuk menyuarakan sesuatu. Bila sesuatu disuarakan, semua guru akan dengar dan perhatian diberi. Respon dan penjelasan yang kukuh tentulah diperlukan daripada pihak pentadbir. Bila di luar mesyuarat, segala persoalan yang diungkapkan kadang-kadang diambil peduli tetapi tidak seperti yang diharapkan. Persoalan, kesilapan, teguran, perbincangan dan kegembiraan berlaku sepanjang tempoh mesyuarat dan berbengkel pada tahun ini adalah cemerlang dari ana. Sebab apa? sebab ana banyak bertanya dan memberikan fakta-fakta yang sepatutnya diketahui oleh guru untuk membetulkan kesilapan. Tapi fakta itu mungkin dah lupa atau tak perasan.

p.s.: ana sering berdebar bila nak mula bertanya...lepastu...bisa pak. .

Thursday, December 15, 2011

EXAM DAH HABIS

SPM 2011 baru saja berakhir. Di sekolah ana, tarikh akhir adalah 13 Dis yang lepas. Ana macam biasa tunggu pemulangan buku teks. Paper akhir adalah PQS. Habis pukul 4.30 pm. Ana dan  rakan guru spbt tungkus lumus pungut buku teks hinggalah pukul 6.30 pm. Yang mengejutkan ada 2 orang pelajar perempuan masih tak pulang buku pada hari tersebut. Ana terus stay di bilik boss hingga pukul 7 mlm. Susun dan kemas sikit supaya nampak cantik dan tersusun.

Tidak seperti tahun-tahun yang lepas, kalau habis SPM, pelajar akan buat BBQ. Tapi tahun ini tiada program tersebut. Kalau ada, ana akan tunggu sampai lewat malam. Baru balik rumah. Bila tak buat program, ana kenalah balik awal. Kalau duduk sorang-sorang dalam bilik tu, seram juga. Maklumlah hari dah malam. Apa-apa pun ana ucap tahniah kepada pelajar sekolah ana sebab dah abis exam. Moga-moga cemerlang bila result keluar. 

Tuesday, November 8, 2011

Soalan Sejarah SPM 2011- Satu Analisis

Sila nilaikan dan buat keputusan kendiri. Ini hanyalah satu analisis soalan negeri-negeri:
Tema 7: Tamadun Awal Manusia
Bab 1: Tamadun Indus dan Hwang Ho
Bab 2: - Tamadun China- aspek pemerintahan, undang2 dan perluasan kuasa
Bab 2: - Tamadun India- aspek ekonomi, pendidikan, bahasa dan kesusasteraan
Bab 3: Pengaruh Hindu Buddha: Bahasa sanskrit, kesusasteraan, candi, kerajaan Srivijaya/ Kedah Tua
Ingat: Tahun 2010 keluar bab 1.

Tema 8: Tamadun Islam dan Perkembangan
Bab 4: Penerimaan dan bentuk/cara penentangan serta cara Nabi Muhammad menyelesaikan masalah
Bab 5: Perjanjian Aqabah 1, 2, Hijrah, Piagam Madinah, Strategi penyebaran Islam dan Perang dalam Islam, Pembukaan semula Kota Makkah.
Bab 6: Khalifah Uthman dan Ali, Sumbangan Kerajaan Abbasiyah, Pertembungan Tamadun Islam- cara/kesan
Bab 8: Pengaruh Islam dalam pentadbiran, pendidikan, kesenian, perdagangan/mata wang, cukai, bahasa/sastera
Ingat: Tahun 2010 bab 4 (esei) dan bab 7 (struktur)

Tema 9: Perkembangan di Eropah dan kesannya terhadap ekonomi negara
Bab 9: Zaman Gelap- Ciri-ciri/ persamaan sistem feudal, Gerakan Reformation
Bab 10: Berkaitan dengan tanah/ pemilikan tanah/ undang2 tanah/ pekebun kecil, kemasukan buruh, pendidikan vernakular, pengangkutan.
Ingat: Tahun 2010 bab 9 (esei)

Tema 10: Kemunculan dan perkembangan nasionalisme sehingga perang dunia kedua
Bab 1: Gerakan nasionalisme tahap pertama dan kedua/ gerakan nasionalisme di Thai/ penjajahan Sepanyol di Filipina/ gerakan nasionalisme tahap pertama di Filipina/ perubahan sistem politik di Asia Tenggara/ kesan sistem birokrasi Barat/ faktor barat perkenalkan perubahan/ Sistem birokrasi barat di Burma, Indochina/ Mongkut/ Chulalongkorn/ Sistem ecomienda/ Jabatan di Indonesia
Bab 2: Gerakan Islah/ Persatuan / Kesatuan Melayu Muda/ Akhbar- baca semua

Tema 11: Pembinaan bangsa dan negara
Bab 3: Sistem Jemaah menteri/ Undang2 Tubuh Tganu/ Demokrasi dan persekutuan
Bab 4: Malayan Union
Bab 5: Perjanjian Persekutuan T. Melayu 1957- baca semua 
Bab 6: Pembentukan Malaysia- baca semua
Bab 7: Badan perundangan (Dewan Negara/Rakyat, badan pelaksana- tugas jemaah menteri, Badan kehakiman-peranan sistem kehakiman/ bendera dan jata negara/ negara persekutuan
Bab 8: Dasar pendidikan kebangsaan/ akta bahasa/ kebudayaan/ sukan/ wawasan 2020

Tema 12: Malaysia dalam kerjasama antarabangsa (wajib baca setiap tahun keluar)
Bab 9: Perang dunia 1- baca semua/ Komanwel/ OIC/ Nam/ Negara2 Selatan

Selamat Berusaha Mudah-mudahan Berjaya.

Saturday, October 29, 2011

Soalan SPM Latihan 2011

1. Nabi Muhammad s.a.w telah menyusun pelbagai strategi dan menghadapi beberapa siri
peperangan untuk menyebarkan Islam ketika mengetuai Kerajaan Islam Madinah.
(a) Namakan dua kerajaan yang Nabi Muhammad s.a.w. telah menghantar perutusan untuk sebarkan Islam.   
(b) Namakan dua peperangan yang telah berlaku antara orang Quraisy Makkah dengan orang Islam Madinah.
(c) Nyatakan tiga prinsip peperangan dalam Islam.
(d) Orientalis Barat menyatakan Islam tersebar melalui peperangan. Beri tiga pendapat anda untuk menolak hujah tersebut.

2. Kemunculan kerajaan Islam seperti Kerajaan Bani Abbasiyah dan Kerajaan Turki Uthmaniyah telah membawa kepada pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia.
(a) Nyatakan dua cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain.
(b) Nyatakan tiga kesan pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun lain.
(c) Senaraikan tiga tokoh ilmuan Islam yang lahir ketika zaman kemuncak Islam
(d) Apakah dua kepentingan tamadun Islam terhadap negara Malaysia?

3. Zaman Pertengahan telah berlaku di Eropah selepas kejatuhan tamadun Rom.
(a) Nyatakan satu peringkat Zaman Pertengahan.
(b) Senaraikan empat ciri Zaman Pertengahan peringkat awal.
(c) Nyatakan tiga persamaan sistem feudal di Eropah dengan masyarakat Melayu tradisional.
(d) Nyatakan dua iktibar Zaman Gelap kepada masyarakat negara kita hari ini.

4. Kepesatan pembangunan sektor pertanian dan perlombongan telah mendorong pihak British
membawa masuk tenaga buruh dari luar .
(a) Nyatakan tiga sebab kedatangan buruh luar.  
(b) Senaraikan tiga cara kemasukan buruh luar.
(c) Nyatakan dua kesan terhadap buruh yang berpunca daripada cara kemasukan buruh.
(d) Pada pendapat anda, mengapakah masih berlaku kemasukan buruh luar pada masa kini?

Thursday, October 27, 2011

Maka bersukanlah kita

Sejak dari sekolah rendah hinggalah ke Universiti, ana tidak ada pengalaman sukan diadakan pada bulan November. Cuma yang ana ingat, sikit hari lagi ada sukan SEA yang bakal berlangsung di Indonesia. Tapi international games. Sepanjang ana ingat, sukan di sekolah dulu-dulu semuanya awal tahun, antara Januari hingga Februari maka sibuklah setiap sekolah di Malaysia ini, termasuklah ketika ana di sekolah rendah dan menengah. Sepanjang sukan tersebut, ana ada juga masuk pertandingan. Ana pernah masuk 4X100 ketika darjah 6. Tapi team ana kalah dapat nombor dua. Ana buat silap sebab baton ana jatuh. Ustazah yang jadi guru rumah sukan marah ana sebab ana buat silap dan pada peringkat awal team ana dah leading jauh team lain. Ana masih ingat, ada kawan ana nak gantikan tempat ana. Dia kata kalau menang, hadiah tu ana ambillah. Tapi ana nak masuk juga.

Tapi ana tetap gembira kerana dapat nombor dua dan ana dapat hadiah tuala. Masa di tingkatan lima, ana pernah masuk 400 meter peringkat akhir, tapi ana kalah dapat nombor 5 daripada 6 peserta. Masa tu ana juga jadi setiausaha rumah sukan. Ana masuk merentas desa dan dapat hadiah nombor sepuluh. Kira hebat jugalah ana ni.  

Bila ana dah jadi cikgu, tradisi sukan awal tahun diteruskan. Tapi tahun ini sejarah tu tak kekal sebab sekolah ana buat sukan bulan november. Semua akur. Segala perancangan dibuat walaupun ada perubahan yang dibuat tiba-tiba atas sebab tertentu. Ana kagum dengan cikgu sekolah ana. Sibuk dengan final exam, marking papers, buat pula sukan akhir tahun, mesyuarat yang pelbagai agenda, persediaan tahun 2012 dan macam-macam lagi. Walaupun di sekolah ana menghadapi masalah main power, tapi tugas tetap diteruskan. Bak kata pepatah Melayu, HUJAN EMAS DI TEMPAT ORANG, HUJAN BATU DITEMPAT SENDIRI. LEBIH BAIKLAH DI TEMPAT SENDIRI kerana itu akan memberi iktibar dan semangat kepada diri sendiri yang perlu berbangga dengan sekolah sendiri. Mudah-mudahan berjaya terlaksana.

p/s: Kadang-kadang ana terpaksa banding dengan sekolah lain untuk dapatkan kunci kejayaan. 

Saturday, October 22, 2011

Maka Bergraduasilah Mereka

Agak janggal kalau Tingkatan 5 tahun ini tidak bergraduasi macam antum atau smkalian yang lain. Tahun ini majlis telah dibuat di Hotel Putra, Kuala Lumpur pada 21 Oktober 2011. Ana alhamdulillah dapat hadir tahun ini. Biasanya kalau buat di hotel ana tak hadir sebab jauh dan dibuat waktu malam. Kali ini buat waktu siang pukul 3 pm. Kira masa itu oklah dan ana dapat datang. Cikgu sekolah ana hadir lepas solat Jumaat walaupuntak semua. Alhamdulillah sempat sebab jalan ok. Mudah-mudahan yang bergraduasi sempat juga solat Jumaat. Jangan pulak sebab nak bergraduasi solat Jumaat tak buat. Mudah-mudahan tidak. Sebelum majlis, ana sempat juga tolong baiki teks ucapan pengacara supaya sesuai dengan perjalanan majlis. Biasalah. Mesti ada pantun baru. Ana buat dua rangkap pantun tapi yang dibaca hanya serangkat saja. Oklah. Ana akan muatkan gambar untuk tatapan smkalian.