Tuesday, May 31, 2011

Sambutan Hari Guru

Pada 29 Mei 2011, sekolah ana mengadakan sambutan Hari Guru. Sebuah aktiviti pelajar yang buat. Dari aktiviti sukan indoor dan outdoor, persiapan dewan, aktiviti persembahan pelajar dan mencadangkan persembahan guru. Semua aktiviti yang dicadangkan ana tidak ada masalah untuk menerima tapi bila aktiviti persembahan guru yang dicadangkan ana bantah. Pada asalnya tak terbabit dalam persembahan itu, tapi bila ada rakan ana yang memberitahu persembahan guru yang dicadangkan ana tak sokong sebab persembahan itu menjatuhkan maruah guru. Guru mengurat pelajar dan ajak pelajar dating, tak menjatuhkan maruah guruke? Dari situ, ana mula berfikir dan mencadangkan kalau nak buat persembahan, buatlah persembahan yang menaikkan imej guru dan memberi kesan kepada pelajar. Ana mencadangkan ambil beberapa peristiwa tentang kesalahan pelajar dan dilakonkan. Dari lakonan itu, kesalahan pelajar diperbetulkan oleh guru atau ustaz dan akhirnya melalui teguran pelajar membetulkan kesilapan dan beri kejayaan kepada dirinya dan menaikkan nama sekolah. Semua pelakon adalah guru sama ada watak guru atau pelajar. Dan akhirnya apa yang berlaku ialah ana telah disuruh jadi pengarah...haaa..maknanya ana akan terlibat secara langsung dalam lakonan itu walaupun asalnya ana tak terlibat..Tapi ok sebenarnya sebab ana pun lama dah tak mengarah. Sebab semasa di maktab dulu pernah juga beri cadangan untuk persembahan secara kecil-kecilan. Just for fun..

Jadi ana telah pilih empat cerita biasa berlaku di asrama iaitu jawapan kelakar, suka tidur, cinta monyet dan fly. Semua cikgu yang jadi pelakon beri respon baik. Tak sangka pulak semua ok. Ana tak berlakon. Ana sebagai narrator. Baca dalam bentuk deklamasi sajak. Sajak ana buat. Sebab ana minat seni sastera. Semua lakonan menjadi. Suasana sedih, happening, kelakar dan semua spontan. Ingatkan 10 atau 15 minit, rupanya sampai 40 minit. Semua audience tumpu perhatian. Tak boring. Walaupun tak buat latihan, tapi semua cikgu hebat. Bila diakhir, tak sangka pelajar buat standing count. Seorang ustaz yang dah jadi penyanyi lagu nasyidpun, ucap pada ana..'tahniah, aku terhibur'.

Monday, May 16, 2011

Hari Guru

Hari ini dah berlalu satu hari, hari guru. Di sekolah, hari guru tidak disambut pada hari tersebut. Lagipun hari tu periksa pertengahan tahun. Suasana menyambut di sekolah menengah dan rendah amat berbeza. Hari 16 Mei adalah hari paling meriah. Di sekolah menengah tempat bekerja berbeza sekali suasana. Hari Guru akan disambut selepas 2 minggu. Itupun pelajar yang uruskan semua. Dewan semuanya disiapkan dengan cukup menarik. Kalau ada guru nak masuk dalam dewan, pelajar tak benarkan. Takut semua rahsia terbongkar. Acara sukanpun kena paksa masuk. Kalau nak buat sukan kena buat yang mudah. Yelah, di sekolah banyak ustaz dan ustazah. Tak boleh lebih-lebih. Suasana dalam dewan sebenarnya lebih menghibakan. Air mata seorang guru mudah mengalir apabila pelajar tiba-tiba membuat persembahan yang telah mereka atur. Semuanya membawa tema kepada pengorbanan guru. Ana memang seorang yang mudah mengalirkan air mata kalau perjuangan seorang guru dipersembahkan. Tapi tak semua yang sebegitu.

            Bagi ana, guru ada tiga tahap. Tahap pertama guru yang dilahirkan guru. Minat mendalam. Mohon banyak kali nak jadi guru. Apa saja yang diamanahkan seorang guru akan buat dengan penuh ikhlas. Masa lebih kepada perkhidmatan guru. Cepat. tangkas walaupun dah berusia. Dari mula mendidik hinggalah ke pencen tiada rasa jemu untuk berbakti kepada anak bangsa. Guru Tahap kedua adalah guru yang dijadikan guru. Ditanamkan minat melalui kursus perguruan. Asal mungkin tak minat. Boleh jadi guru yang baik dan sanggup belajar, mendidik anak bangsa. Tahap ketiga ialah guru yang bukan guru. Semuanya tidak kena. Menjadikan profesion guru sebagai batu loncatan untuk mendapat kerja. Mungkin buat aktiviti luar lebih masa berbanding masa guru. Atau sanggup cuti sakit, ponteng dan kualitI  kerja yang teruk. Sukar ditegur, latihan dan buku tidak ditanda. Banyak masalah yang berlaku walaupun dah tukar sekolah beberapa kali.

             Bagi Ana, seseorang yang menjadi guru sehingga satu ketika akan melahirkan rasa enak, lazat dan sedap bila bekerja. Kalau tak makan lapar. Kalau tak buat kerja guru rasa tak cukup sifat. Macam orang yang belum sembahyang akan rasa ada sesuatu yang tak kena sehinggalah dia sembahyang. Begitulah tahap sesetengah guru, terasa kelazatan yang amat sangat menjadi guru. Apa orang nak kata, katalah, kerana ana tahu apakah kelazatannya menjadi seorang guru. Kerana ana adalah guru dengan panggilan keramat CIKGU.

Sunday, May 15, 2011

Aku Masih Bergelar Guru

Ketika ini aku masih bergelar guru. Terus berjuang untuk anak-anak bangsa. Sesekali timbul rasa jemu, ku lontarkan perasaan itu jauh-jauh. Menjadi guru kini, tidak hanya waktu pagi hingga tengah hari. Walaupun waktu dah boleh pulang untuk menemui anak dan isteri tercinta, tetapi guru kini terus betapa di bilik guru menyiapkan kerja-kerja yang seringkali bertimbun. Dari tugas utama mengajar, menanda buku, membuat persediaan, menyiapkan file pengurusan dan sebagainya adalah menu harian seorang guru kini. Gaji yang diterima tidak menjanjikan seorang guru mewah tetapi demi anak bangsa dan redho Allah mengukuhkan rasa cinta untuk menjadi seorang guru. Kini aku masih bergelar guru dengan harapan terus berbakti untuk memberikan sekelumit ilmu pada anak bangsa, biarpun anak bangsa kelak akan menjadi lebih berharga daripada seorang yang masih bergelar guru. Kerana aku adalah seorang guru. SELAMAT HARI GURU. HORMATILAH GURU MU.

Aku Masih Bergelar Guru


 

Thursday, March 31, 2011

Panduan Menulis Esei Sejarah Tingkatan 3 (2.39 pm/ 4.4.2011)

Langkah-langkah: Satu panduan sahaja.
  • Fahami tajuk esei:
    • bagaimana Institusi Pentadbiran Tempatan perkukuhkan integrasi nasional
    • maksudnya: cara-cara yang dibuat oleh institusi akhirnya mengukuhkan perpaduan kaum
    • Senaraikan empat cara (pastikan berbeza) yang dibuat oleh institusi pentadbiran tempatan 
    • Empat cara yang dibuat oleh institusi pentadbiran tempatan akan membawa kepada integrasi nasional.
    • Cara-caranya banyak.
      • contoh cara-cara 1: Memberikan lesen perniagaan pasar malam / pasar tani kepada semua kaum tidak kira orang Melayu, Cina, India, bumiputera yang lain.
      • Contoh cara-cara 2: Mengadakan gotong royong di kawasan perumahan
  • Setelah mendapat empat cara, kaitkan empat cara yang dipilih tadi dengan empat unsur patriotisme yang sesuai.
  • Antara unsur patriotisme yang sesuai dalam esei ini ialah/ pilih empat sahaja:
    • bersatu dan berharmoni
    • bertolak ansur dan bertoleransi
    • bekerjasama dan tolong-menolong
    • hormat menghormati
    • bersefahaman dan bermuafakat
    • muhibbah/ semangat bermasyarakat
    • berlaku adil dan bertimbang rasa
    • bertindak wajar
  • Berdasarkan contoh cara 1 tadi, apakah unsur patriotisme yang dianggap sesuai?
    • katakan unsur patriotisme yang dipilih ialah bertindak wajar
  • Kemudian olah ayat antara cara (lihat contoh di atas) dan unsur patriotisme yang dipilih dengan mengaitkan ke arah integrasi nasional.
    • Contoh: 
      • Perenggan satu: umum/ bebas
      • Perenggan 2: 
        • Antara cara institusi pentadbiran tempatan mengukuhkan integrasi nasional ialah dengan memberikan lesen perniagaan seperti lesen perniagaan pasar malam kepada semua kaum. Tindakan ini membolehkan institusi pentadbiran tempatan telah bertindak wajar dalam melaksanakan bidang kuasa mereka dan mengukuhkan integrasi nasional di negara kita.
  •  Berdasarkan ayat contoh di atas, binalah pula ayat untuk cara 2 yang telah diberi. 
  • Kaitkan dengan satu unsur patriotisme yang sesuai iaitu bersatu dan berharmoni.
  • Kemudian bina ayat untuk dijadikan perenggan 2. Jadikan perenggan 1 sebagai contoh.
  • Sila layari seperti laman web DBKL untuk mendapatkan contoh/ aktiviti / bidang tugas yang  dilaksanakan oleh institusi tersebut. www.dbkl.gov.my 
  • Contoh aktiviti / bidan tugas tersebut boleh dijadikan idea untuk dapatkan cara 3 dan cara 4. Cukup mudah.
  • Kebanyakan institusi pentadbiran tempatan spt DBKL, MPSP, MBI dll mempunyai bidang tugas yang hampir sama. 
  • Ada pertanyaan, tulis pada comment.

  • Wallah hualam. Wassalam.

Tuesday, March 29, 2011

Keputusan SPM 2010

Mata pelajaran           gred purata
B.Melayu                        0.99
B.Ingeris                         1.73
Sejarah                           1.38
Matematik                      1.12
Sains                               0.62
Bahasa Arab Tinggi         3.51
Add Mathematics            3.57
P.Akaun                          3.41
Physics                            4.07
Chemistry                        4.77
Bioloy                              4.14
Pend Al-Quran Assunnah 0.99
Pend Syariah Islamiah       2.21
Eko Asas                          3.04

Calon lulus                        100%
Gred purata sekolah          2.48

Sunday, March 27, 2011

Gotong Royong di Bilik BOSS- 27.03.11

Beberapa aktiviti telah diadakan seperti melukis mural khat jawi (telah diadakan pada cuti pertengahan penggal 1), membasuh fountain, menyusun buku, mengemaskini papan kenyataan dan mengemaskini fail. Kedatangan ahli tidak menggalakkan iaitu hanya 8 orang sahaja. Apa-apapun terima kasih yang hadir. 

Tenaga import: Amir Asyraf
Menyusun fail

Kemaskini maklumat di papan kenyataan
Membasuh fountain

Tajuk Folio Sejarah T2 (2012)

1. Tugasan secara individu dan perlu disiapkan antara bulan Mac hingga Jun 2012.
2. Pemberatan 10 markah Peperiksaan Akhir Tahun
 2. Folio Sejarah Tingkatan 1 dan 2 yang terbaik akan menerima hadiah RM sumbangan Panitia Sejarah.

Pilih salah satu tajuk berikut:
Tajuk 1: Prestasi dan Kejayaan Akademik Dalam PMR dan SPM
  1. Dapatkan maklumat tentang prestasi akademik PMR dan SPM untuk beberapa tahun kebelakang. contoh antara tahun 2007 - 2010. 
  2. Daripada prestasi akademik tersebut, pelajar perlu membuat analisis pencapaian akademik.
  3. Pelajar bebas untuk membuat analisis dengan cara masing-masing.
  4. Masukkan sedikit/ secara umum tokoh pelajar yang cemerlang dalam PMR dan SPM dalam tahun yang dikaji.
  5. Buatkan satu RUMUSAN dialog dengan mana-mana orang sumber yang berkaitan dengan peperiksaan seperti Pelajar Terbaik PMR atau SPM. BUKAN BUAT DIALOG.
Apakah sumber yang boleh diperolehi:
  • Majalah sekolah tahun kebelakangan
  • Sijil-sijil pelajar cemerlang
  • Laporan panitia mata pelajaran
  • Orang sumber/ temuramah
  • Akhbar / majalah
  • Dan lain-lain sumber
Tajuk 2. Prestasi dan Kejayaan Kokurikulum
  1. Dapatkan jenis-jenis persatuan/ kelab/ uniform/ sukan  yang ditubuhkan di sekolah.
  2. Kemudian, huraikan mana-mana 4; contoh Kelab SPBT, Puteri Islam, Sukan Bola Sepak dan Kadet Polis @ mana-mana pilihan pelajar.
  3. Jelaskan kegiatan-kegiatan yang dilakukan 
  4. Namakan/ huraikan setiap pelajar yang aktif dalam persatuan/ kelab/ uniform/ sukan yg dipilih, seperti:
    1. Jawatan yang disandang
    2. Kejayaan di peringkat sekolah/ zon/ negeri/ kebangsaan
  5. Buatkan satu RUMUSAN dialog dengan orang sumber mana-mana persatuan/ kelab/ uniform/ sukan yang dipilih seperti pelajar atau guru yang berkenaan.  INGAT.. BUKAN BUAT DIALOG.
 Apakah sumber yang boleh diperolehi:
  • Majalah sekolah
  • Laporan kelab/ persatuan
  • Sijil
  • Gambar
  • Buku program
  • Akhbar/ majalah
  • Orang sumber/ temuramah
  • dll yang berkaitan
Tajuk 3: Tokoh-tokoh Bekas Pelajar
  1. Dapatkan  4 tokoh pelajar (sesiapa sahaja pelajar sekurang-kurangnya lepasan SPM 2010)
  2. Dapatkan biodata setiap tokoh
  3. Dapatkan juga sifat-sifat istimewa
  4. Nyatakan sumbangan setiap tokoh seperti aktif dalam politik, NGO, ekonomi, kebajikan dll.
  5. Sumbangan semasa di peringkat seperti sekolah/ zon / negeri / kebangsaan / negara / antarabangsa
  6. Buatkan satu RUMUSAN dialog dengan mana-mana tokoh pelajar yang dipilih. INGAT..BUKAN BUAT DIALOG.
Apakah sumber yang boleh diperolehi:
  • Majalah Al-Isra tahun-tahun kebelakangan
  • Sijil-sijil tokoh
  • Orang sumber/ temuramah
  • Gambar tokoh
  • Dokumen rasmi / lain-lain berkaitan
Tajuk 4: Peristiwa-peristiwa Bersejarah Di Sekolah
  1. Dapatkan 4 peristiwa yang dianggap bersejarah yang berlaku di sekolah.
  2. Contoh peristiwa bersejarah:
    1. Sejarah perasmian sekolah
    2. Hari Terbuka Sekolah
    3. Hari Anugerah Cemerlang
    4. Hari Sukan
    5. Majlis Graduasi
    6. dan lain-lain
  3.  Nyatakan kesan atau kepentingan setiap peristiwa tersebut terhadap diri / sekolah / masyarakat. 
  4. Buatkan satu RUMUSAN dialog dengan mana-mana orang sumber yang terlibat dalam peristiwa tersebut. INGAT..BUKAN BUAT DIALOG.
Apakah sumber yang boleh diperolehi:
  • Majalah Al-Isra
  • Buku program
  • Orang sumber yang terlibat (seperti penerima hadiah/ guru) temuramah
  • Laporan Tahunan
  • Gambar
  • Lain-lain sumber yang berkaitan
 Jika ada masalah, boleh berjumpa dengan guru matapelajaran sejarah anda.