Wednesday, June 27, 2012

Taklimat PBS untuk ibu bapa

Ibu bapa secara umumnya perlu diberi pendedahan tentang pendekatan PBS tingkatan 1. Oleh itu, pada hari Jumaat yang lalu (22 Jun 2012), taklimat PBS untuk ibu bapa telah diadakan. Walaupun tempoh masa hanya 30 minit, tetapi maklumat yang diberikan dapat memberi penekanan terhadap ibu bapa dan murid tentang kepentingan PBS. Pada hari itu, ibu bapa dijelaskan tentang PBS dan perkara yang terkandung dalam PBS. Ibu bapa juga dijelaskan tentang standard prestasi mengikut band. Penumpuan tentang Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah juga dijelaskan. Taklimat ini kelak dapat mengukuhkan lagi pencapaian PBS di peringkat sekolah.

Saturday, June 16, 2012

Panduan Menulis Esei (Elemen 3)

Langkah 1: Tulis sedikit pengenalan apa yang difahami tentang kegiatan ekonomi tradisional. Secara ringkas.

Langkah 2: Kenalpasti 4 unsur patriotisme yang sesuai. Banyak. Mungkin cikgu sejarah anda telah membuat perbincangan dengan anda. Antaranya unsur patriotisme yang sesuai mungkin:
  • cinta akan bangsa dan negara
  • bersyukur sebagai warganegara Malaysia
  • bersatu padu dan harmoni
  • bertolak ansur dan bertoleransi
  • bekerjasama dan tolong-menolong
  • hormat-menghormati
  • bertindak wajar
  • rajin dan gigih
  • berdikari
  • tabah hadapi cabaran
Langkah 3: Tulis 4 isi esei bagaimana slogan dapat suburkan semangat patriotisme melalui 4 unsur patriotisme. 4 isi membawa 4 markah penuh.

Contoh: Kegiatan ekonomi tradisional dapat memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia dengan cara mengusahakan kegiatan ekonomi tradisional seperti berkebun sayur bersama-sama tidak kira orang Melayu, Cina dan India. Tindakan ini akan melahirkan semangat bekerjasama dan tolong-menolong dalam kalangan bangsa Malaysia.

Tulis 3 isi lain dengan tiga nilai dan contoh aktiviti yang lain pula.

Langkah 4: Penutup. (Tulislah apa-apa yang berkaitan)

Saturday, May 26, 2012

Tugasan 1 Hamzah (Murid Thailand)

Tugasan:
Tuliskan 1 peristiwa yang berlaku di kawasan anda. (contoh peristiwa sejarah, perayaan, hari jadi dan lain-lain peristiwa yang sesuai). Hasil tulisan hendaklah ditulis lebih daripada sehelai.

Tugasan hendaklah disertakan dengan beberapa sumber seperti:
1. Gambar
2. Dialog / hasil temuramah- ditulis dialog
3. Keratan akhbar/ diphotostat
4. Majalah/ buku- diphotostat
5. Hasil daripada internet

Semua bahan hendaklah di bawa ke sekolah apabila cuti berakhir.
Sekiranya tugasan ini tidak dibuat, pelajar boleh memilih untuk membuat peristiwa lain yang berlaku di sekolah agama atau peristiwa tentang Malaysia bila habis bercuti. Sekiranya tugasan tidak dibuat sehingga akhir tahun, pelajar tidak dapat melepasi untuk mencapai band tiga dan ke atas dalam pentaksiran sejarah tingkatan 1.

Harap maklum.

Saturday, April 14, 2012

Mesyuarat PBS seluruh KL

Tahniah diucapkan kepada semua jurulatih utama sekolah seluruh KL kerana telah berjaya menghadiri kursus PBS selama tiga hari untuk mata pelajaran sejarah bermula pada 9, 10 dan 12 April yang lalu. Semua JUS telah didedahkan tentang tambahbaik PMR bermula 2012. JUS juga telah diberi penataran tentang penggunaan dokumen standard prestasi dan pentaksiran pusat. Apa yang paling membanggakan ialah semua JUS berjaya membawa pulang dua set instrumen antara bab 1 hingga bab 10 sejarah tingkatan 1. Semua instrumen yang dibina adalah kesan daripada bengkel yang telah dijalankan. Mudah-mudahan instrumen tersebut dapat dijadikan pemangkin kepada guru sejarah untuk mempelbagaikan instrumen yang lain pula.

Semasa perasmian oleh Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan JPNWP pada 9 April, antara intipati ucapan ialah:
1. Guru perlu memahami tugas guru mata pelajaran
2. Pentaksiran yang baru merupakan satu tugas/ tanggungjawab
3. PBS merupakan satu program transformasi (GTP)
4. Transformasi pentaksiran sekolah adalah satu bentuk yang baru- dilaksanakan dari KSSR hinggalah KSSM kelak (KBSM masih digunakan kini untuk PBS tingkatan 1).
5. Tugas utama adalah P&P.
6. Guru perlu bertanya untuk dapatkan maklumat tentang PBS.
7. Kemenjadian murid adalah perkara yang diharapkan oleh KPM
8. Wilayah Asia Tenggara akan menjadi Asean Community
9. Murid perlu ada kemahiran untuk kuasai bahasa.
10. Nilai etika, kerohanian, kemahiran berfikir perlu ada pada murid.
11. Identiti nasional dan jatidiri parlu ada pada murid.
12. Sikap kesukarelaan juga perlu dilahirkan dalam diri murid.

Friday, March 30, 2012

Sambungan Pentaksiran Tingkatan 1

Ana menjangkakan waktu ini semua negeri sedang dan telah menatarkan pentaksiran berasaskan sekolah kepada semua guru-guru setiap mata pelajaran. Kalau di Selangor, beberapa pejabat pelajaran telah menatar kepada JU sekolah. Kalau di Kuala Lumpur, bulan April ni padatlah sebulan di beberapa lokasi untuk JU sekolah. Apabila ada PBS, kajian salah silah keluarga tidak lagi wajib dibuat. Namun begitu, terdapat dalam Dokumen Standard Pentaksiran Sejarah terdapat band 3 dan 4 yang memerlukan guru mentaksir murid tentang penggunaan sumber dan kaedah dengan tepat. Band ini adalah band yang memerlukan murid boleh buat.

Ini bermakna, sekiranya murid ingin melepasi band 3 dan band 4 untuk evidens tersebut, murid perlulah mencari beberapa sumber tentang sesuatu peristiwa yang terdapat dalam bab 1 atau mana-mana peristiwa dalam buku teks tingkatan 1. Apabila murid telah mendapatkan beberapa sumber yang pelbagai, murid secara tidak langsung akan dapat menentukan apakah kaedah yang digunakan berdasarkan sumber tersebut.

Dalam tingkatan 1, dua sumber yang ditekankan ialah sumber primer dan sekunder. Manakala tiga kaedah yang ditekankan ialah kaedah lisan, bertulis dan arkeologi. Oleh itu, guru mata pelajaran hendaklah mencipta satu instrumen agar murid dapat melepasi band yang berkaitan dengan penggunaan sumber dan kaedah. Instrumen yang digunakan hendaklah disimpan dalam fail perkembangan murid. Bagi sekolah ana, pada tahun ini memang kajian sejarah keluarga tidak dibuat. Jadi ana gunakan instrumen yang ana telah bina. Yang penting CIKGU JANGAN TAKUT UNTUK MENGGUNAKAN INSTRUMEN YANG DIBINA.

Wednesday, March 21, 2012

Keputusan Sejarah SPM 2011

Senyum gembira bersama ibu bapa
Keputusan sejarah SPM 2011 amat membanggakan dan ana ucapkan syukur pada anta murid smkakl yang berjaya meningkatkan gred purata sejarah dari 1.31 kepada 0.74. Daripada 118 calon, 115 mendapat A. Peningkatan yang mendadak dan ana serta guru sejarah yang lain tak boleh seronok sangat sebab nak kekalkan keputusan bukanlah satu perkara yang mudah, khususnya untuk tahun 2012 ni. Apa-apa pun anta dah buktikan bahawa sejarah adalah yang seronok untuk dipelajari. Sebab apa...katakan SYOKNYA SEJARAH..

 
Macam terkejut dengan keputusan..
cikgu dan murid. Dah sama besar.
macam mana anak ana, syeikh?
Pelajar terbaik Kelab SPBT 10A
jgn tolak-tolak bro..


setuju untuk jariahkan RM30.00
tak sangka sejarah A. Negaraku..

psst..Zaman ana dulu dapat pangkat 1. 

Sunday, February 19, 2012

KERJA KURSUS TINGKATAN 1? PERLU BUAT KE?

Kebiasaannya, murid Tingkatan 1 perlu buat Kerja kursus salasilah keluarga. Mulai tahun 2012, murid tingkatan 1 tidak lagi diwajibkan membuat kerja kursus tentang salahsilah keluarga. Sekiranya murid telah buat, tak apalah. Teruskan sampai siap. Bagi yang belum buat, guru anta akan mencadangkan tugasan lain yang berkaitan dengan kandungan mata pelajaran tingkatan 1.

Ini bermakna, tugasan yang dibuat lebih ringkas dan mudah dengan tujuan untuk memahamkan pelajar tentang penggunaan sumber dan kaedah kajian sejarah sahaja. Misalnya, dalam kandungan sejarah tingkatan 1, terdapat banyak peristiwa penting yang dinyatakan seperti Hari Kemerdekaan, Hari Guru, Hari jadi Hari Gawai dan sebagainya. Jadi, guru anta akan cadangkan satu aktiviti kepada anta agar memilih satu peristiwa, agar anta dapat mencari sumber untuk mendapatkan maklumat peristiwa yang telah dipilih.

Aktiviti yang dicadangkan itu, akan membolehkan anta mencari maklumat dan menggunakan kaedah serta sumber yang tepat. Jadi, dalam pentaksiran tingkatan 1, anta telah melepasi salah satu kemahiran dalam band 3.

Jadi, panduan yang anta baca untuk membuat kerja kursus tingkatan 1 dalam blog ini hendaklah diabaikan. Panduan tersebut boleh diguna pakai untuk tingkatan 2 dan 3.

psss..ana nak cuba instrumen yang ana dah bina.