Thursday, March 28, 2013

Hadapi masalah sumber dan kaedah kajian?

Jangan bimbang, cuma dapatkan 4 sumber kajian dan 3 kaedah sahaja.
Dari mana sumber kajian yang mudah boleh diperolehi?
1. Orang sumber - pastikan 4 maklumat asas pengusaha diperolehi/ atau salinan kad pengenalan

2. Melawat tempat kajian - pastikan ada gambar anda bersama pengusaha di tempat ekonomi tradisional itu berlaku- gambar hendaklah diambil semasa tempoh kajian

3. Photostat lesen perniagaan penjaja atau sijil kursus pengusaha atau sijil kejayaan pengusaha dalam ekonomi tradisional. Cukuplah satu. Contoh, pengusaha pasar malam ada permit kebenaran dari majlis daerah. Jadi minta photostat satu. Atau ada petani yang dapat apa-apa sijil kejayaan yang diikhtiraf juga boleh photostat.

4. Carilah satu lagi sumber tentang ekonomi tradisional yang dikaji sama ada buku, akhbar, internet dan lain-lain.

Jika anda hanya ada 3 sumber pun tak mengapa. Anda dah ada 3 markah untuk 3 sumber

Apakah kaedah mudah yang boleh diperolehi?
1. Jika ada orang sumber, dan buat dialog anda ada kaedah TEMURAMAH
2. Jika ada gambar tempat kajian, anda dan ada kaedah MELAWAT TEMPAT KAJIAN
3. Jika ada salinan lesen atau sijil, anda ada kaedah ANALISIS DOKUMEN
4. Jika ada cetakan internet, anda ada kaedah MELAYARI INTERNET

Minima kaedah hanyalah 3 sahaja.

Rumusan: Jika anda ada sumber nombor 1,2 dan 3, anda dah ada kaedah 1,2 dan 3.
Senangkan. Syoknya Sejarah.
 

Monday, March 25, 2013

TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 2 TAK PERLU BUAT KERJA KURSUS

Semua murid Tingkatan 1 dan 2 tak perlu lagi buat kerja kursus  tentang sejarah keluarga dan sejarah sekolah.

Tetapi ada tugasan lain yang akan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan iaitu Pentaksiran Pusat. Pada tahun 2012, tiada Pentaksiran Pusat untuk Tingkatan 1. Untuk tahun 2013, perlu tunggu maklumat yang akan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan. 

Saturday, March 23, 2013

FORMAT MENULIS KAJIAN

SILA LIHAT ARKIB TAHUN 2011 BULAN MAC UNTUK MENDAPATKAN FORMAT CARA MENULIS KAJIAN YANG TELAH DIKEMASKINI UNTUK 2013.

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013- SATU PANDUAN

Panduan ini hanyalah untuk calon PMR SMK Agama Kuala Lumpur sahaja. Lain-lain calon jika sesuai bolehlah dijadikan panduan untuk buat kajian masa cuti.

1. Tajuk kajian umum : Kegiatan ekonomi tradisional

Langkah/Panduan:
i. Kenalpasti aktiviti ekonomi tradisional di tempat anda.

ii. Banyak: Mungkin ada peniaga jual sate tepi jalan, buat kuih tradisional, buat belacan, jual air cendol, buat tempe, tukang urut, tukang gunting rambut tradisional, pekebun, pesawah, ternak ikan, buat sagu, nelayan, tukang besi, tukang emas, buat wau, buat labu sayong, buat batik, buat bakul, peniaga pasar malam atau pelombong emas tradisional.
Sebenarnya banyak lagi.

iii. Pastikan kegiatan ekonomi tidak dilakukan secara besar-besaran atau bersifat komersial atau tidak mengeluarkan hasil pengeluaran yang berskala besar

iv. Pilih satu kegiatan ekonomi tradisional sahaja. Boleh pilih mana-mana kegiatan ekonomi tradisional seperti langkah nombor ii.

v. Bila dah pilih, buatlah kajian dengan menggunakan kaedah temuramah. Buat temurammah dengan pengusaha bukan pekerja atau orang yang bekerja di situ.

vii. Bila nak buat temuramah, bina dahulu soalan- soalan yang berkaitan dengan hasil kajian supaya anda dapat maklumat tentang kajian.

viii. Bila dah bina soalan, bolehlah buat temuramah pengusaha ekonomi tradisional yang dipilih. Kemudian tulislah hasilkan dialog temuramah tersebut.

viii. Jika buat temuramah di tempat pengusaha itu bekerja, ambillah gambar anda dan berlatarbelakangkan kawasan kajian.

viiii. Bila ambil gambar, anda dah ada dua kaedah iaitu Kaedah Temuramah dan Melawat Tempat Kajian.

x. Simpan gambar dan semua sumber yang diperolehi kemudian bawa ke sekolah bila buka sekolah nanti.

Bagaimana nak buat temuramah// dialog?
1. Beri salam/ sapaan/ khabar
2. Minta pengusaha ceritakan sejarah kegiatan ekonomi tradisional yg dikaji
3. Bagaimana pengusaha itu boleh terlibat
4. Apakah tujuan kegiatan ekonomi dilakukan
5. Ada tak apa-apa proses kegiatan ekonomi tersebut. Contoh pengusaha membua sate, mesti ada proses buat sate, jadi boleh tanya. Ekonomi tradisional lain pun tetap ada proses.
6. Tanya juga peralatan yang digunakan
5) dan lain-lain soalan yang boleh dibina berdasarkan urutan hasil kajian (Lihat soalan kerja kursus yang diberi oleh guru)
6. Penutup/ terimakasih.
7. Tulis ikut format dialog/ atau buat dalam bentuk transkrip/ rumusan. Dicadangkan buat dialog.

Dapatkan maklumat asas:
Jangan lupa maklumat pengusaha:
1. Nama penuh
2. Umur
3. Alamat
4. No k/pengenalan

Katakan Syoknya Sejarah
 

Wednesday, July 11, 2012

Tugasan untuk murid Tingkatan 1 SMKAKL sahaja


Capaian Band yang dikehendaki dalam Dokumen Standard Prestasi



Band 4: Mengelas sumber sejarah dalam mengkaji sejarah (KPS)
Band 4: Menggunakan sumber sejarah dengan tepat dalam mengkaji sejarah (KPS)
Band 4: Mengelaskan kaedah pengkajian sejarah dengan tepat dalam mengkaji sejarah (KPS)
Band 4: Menggunakan kaedah pengkajian sejarah dengan tepat dalam mengkaji sejarah (KPS)


 
Tugasan dan Langkah:

Langkah 1: Murid perlu pilih satu tajuk sahaja berdasarkan peristiwa yang terdapat dalam buku teks Tingkatan 1. Antaranya seperti berikut:

a) Perkahwinan ibu bapa
b) Tokoh dalam keluarga seperti ibu atau bapa
c) Salasilah keluarga
d) Peristiwa penting dalam keluarga
e) atau tajuk-tajuk lain yang berkaitan dengan keluarga

Murid Thailand boleh memilih tajuk berikut seperti:
b) Tokoh Tempatan seperti Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Maharajalela
c) Tokoh kemerdekaan negara/ Perdana MenteriKemerdekaan negara
d) Sejarah Melaka 
f) Hari Pekerja
g) Hari Guru
h) atau tajuk/peristiwa lain yang terdapat dalam buku teks tingkatan 1

Langkah 2: Kumpulkan pelbagai sumber berdasarkan tajuk yang dipilih.
Sumber yang perlu dikumpulkan mungkin diperolehi melalui:
a) Orang sumber: Sila buat transkrip temuramah antara murid dengan orang sumber
b) Sijil-sijil yang berkaitan (photostat)
c) Internet (print maklumat)
d) Jika Buku (photostat) : (a) kulit depan (b) halaman yang ada nama penerbit (c) maklumat peristiwa
e) Majalah atau bahan bertulis yang lain : photostat seperti buku
f) Keratan surat khabar/ tarikh akhbar : bawa yang asal atau photostat
h) Gambar yang berkaitan dengan peristiwa yang dipilih
i) atau sumber-sumber lain yang berkaitan

Langkah 3: Masukkan semua sumber yang telah diperolehi dalam file kertas.

Langkah 4: Sila bawa semua sumber ke sekolah pada 18 FEBRUARI 2013.  

Langkah 5: Tugasan untuk menulis hasil kajian dan penggunaan sumber serta kaedah akan dilakukan di sekolah di bawah pengawasan guru mata pelajaran sejarah.

Peringatan kepada murid:

Sekiranya tugasan ini tidak dilaksanakan, anda tidak dapat melepasi salah satu evidence dalam band 4 yang telah ditetapkan. Ini bermakna ada tidak dapat melepasi band 4 secara keseluruhan. 

Katakan ‘SYOKNYA PBS’.

Wednesday, June 27, 2012

Taklimat PBS untuk ibu bapa

Ibu bapa secara umumnya perlu diberi pendedahan tentang pendekatan PBS tingkatan 1. Oleh itu, pada hari Jumaat yang lalu (22 Jun 2012), taklimat PBS untuk ibu bapa telah diadakan. Walaupun tempoh masa hanya 30 minit, tetapi maklumat yang diberikan dapat memberi penekanan terhadap ibu bapa dan murid tentang kepentingan PBS. Pada hari itu, ibu bapa dijelaskan tentang PBS dan perkara yang terkandung dalam PBS. Ibu bapa juga dijelaskan tentang standard prestasi mengikut band. Penumpuan tentang Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah juga dijelaskan. Taklimat ini kelak dapat mengukuhkan lagi pencapaian PBS di peringkat sekolah.

Saturday, June 16, 2012

Panduan Menulis Esei (Elemen 3)

Langkah 1: Tulis sedikit pengenalan apa yang difahami tentang kegiatan ekonomi tradisional. Secara ringkas.

Langkah 2: Kenalpasti 4 unsur patriotisme yang sesuai. Banyak. Mungkin cikgu sejarah anda telah membuat perbincangan dengan anda. Antaranya unsur patriotisme yang sesuai mungkin:
  • cinta akan bangsa dan negara
  • bersyukur sebagai warganegara Malaysia
  • bersatu padu dan harmoni
  • bertolak ansur dan bertoleransi
  • bekerjasama dan tolong-menolong
  • hormat-menghormati
  • bertindak wajar
  • rajin dan gigih
  • berdikari
  • tabah hadapi cabaran
Langkah 3: Tulis 4 isi esei bagaimana slogan dapat suburkan semangat patriotisme melalui 4 unsur patriotisme. 4 isi membawa 4 markah penuh.

Contoh: Kegiatan ekonomi tradisional dapat memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia dengan cara mengusahakan kegiatan ekonomi tradisional seperti berkebun sayur bersama-sama tidak kira orang Melayu, Cina dan India. Tindakan ini akan melahirkan semangat bekerjasama dan tolong-menolong dalam kalangan bangsa Malaysia.

Tulis 3 isi lain dengan tiga nilai dan contoh aktiviti yang lain pula.

Langkah 4: Penutup. (Tulislah apa-apa yang berkaitan)