Friday, March 30, 2012

Sambungan Pentaksiran Tingkatan 1

Ana menjangkakan waktu ini semua negeri sedang dan telah menatarkan pentaksiran berasaskan sekolah kepada semua guru-guru setiap mata pelajaran. Kalau di Selangor, beberapa pejabat pelajaran telah menatar kepada JU sekolah. Kalau di Kuala Lumpur, bulan April ni padatlah sebulan di beberapa lokasi untuk JU sekolah. Apabila ada PBS, kajian salah silah keluarga tidak lagi wajib dibuat. Namun begitu, terdapat dalam Dokumen Standard Pentaksiran Sejarah terdapat band 3 dan 4 yang memerlukan guru mentaksir murid tentang penggunaan sumber dan kaedah dengan tepat. Band ini adalah band yang memerlukan murid boleh buat.

Ini bermakna, sekiranya murid ingin melepasi band 3 dan band 4 untuk evidens tersebut, murid perlulah mencari beberapa sumber tentang sesuatu peristiwa yang terdapat dalam bab 1 atau mana-mana peristiwa dalam buku teks tingkatan 1. Apabila murid telah mendapatkan beberapa sumber yang pelbagai, murid secara tidak langsung akan dapat menentukan apakah kaedah yang digunakan berdasarkan sumber tersebut.

Dalam tingkatan 1, dua sumber yang ditekankan ialah sumber primer dan sekunder. Manakala tiga kaedah yang ditekankan ialah kaedah lisan, bertulis dan arkeologi. Oleh itu, guru mata pelajaran hendaklah mencipta satu instrumen agar murid dapat melepasi band yang berkaitan dengan penggunaan sumber dan kaedah. Instrumen yang digunakan hendaklah disimpan dalam fail perkembangan murid. Bagi sekolah ana, pada tahun ini memang kajian sejarah keluarga tidak dibuat. Jadi ana gunakan instrumen yang ana telah bina. Yang penting CIKGU JANGAN TAKUT UNTUK MENGGUNAKAN INSTRUMEN YANG DIBINA.

Wednesday, March 21, 2012

Keputusan Sejarah SPM 2011

Senyum gembira bersama ibu bapa
Keputusan sejarah SPM 2011 amat membanggakan dan ana ucapkan syukur pada anta murid smkakl yang berjaya meningkatkan gred purata sejarah dari 1.31 kepada 0.74. Daripada 118 calon, 115 mendapat A. Peningkatan yang mendadak dan ana serta guru sejarah yang lain tak boleh seronok sangat sebab nak kekalkan keputusan bukanlah satu perkara yang mudah, khususnya untuk tahun 2012 ni. Apa-apa pun anta dah buktikan bahawa sejarah adalah yang seronok untuk dipelajari. Sebab apa...katakan SYOKNYA SEJARAH..

 
Macam terkejut dengan keputusan..
cikgu dan murid. Dah sama besar.
macam mana anak ana, syeikh?
Pelajar terbaik Kelab SPBT 10A
jgn tolak-tolak bro..


setuju untuk jariahkan RM30.00
tak sangka sejarah A. Negaraku..

psst..Zaman ana dulu dapat pangkat 1.