Wednesday, March 23, 2011

Format Menulis Kajian Sejarah Tempatan 2013

kiranablogspot
Format Kajian Sejarah Tempatan boleh diguna pakai untuk menyiapkan projek sejarah 2013. Semua pelajar Tingkatan 3 boleh menjadikan format berikut sebagai panduan menyiapkan projek sejarah. Format ini adalah untuk ELEMEN 2 @ hasil kajian. Pastikan SUMBER/ ELEMEN 1 telah mencukupi.





Setiap elemen 2 WAJIB mengandungi 9 perkara iaitu:
1. Tajuk Kajian:
  • tajuk kajian hendaklah ditulis besar dalam 1 muka surat A4
  •  contoh: 
    • KEGIATAN EKONOMI TRADISIONAL (BIDAN KAMPUNG)
    • PENJUAL NASI KERABU MAK JAH
2. Senarai Kandungan
  •  mengandungi 3 ruang iaitu bilangan/ Perkara / Halaman
  • senarai disusun secara urutan iaitu bermula dengan:
  • Contoh:
           Bil      Perkara                         Halaman
    1. Tajuk Kajian                         i
    2. Senarai Kandungan               ii
    3. Penghargaan                         1
    4. Objektif Kajian                     2
    5. Kaedah Kajian                      3
    6. Hasil Kajian                       4 - 20
      1. Maklumat asas pengusaha
      2. Latar belakang
      3. Sumbangan @ pengaruh kepada keluarga / masyarakat
      4. Prospek
    7. Rumusan                                21
    8. Lampiran                            22 - 24
    9. Rujukan                                  25
3. Penghargaan
  • Helaian ini ditulis dalam 2 atau 3 perenggan
  • Mengandungi kata-kata terima kasih kepada 3 pihak yang membantu pelajar. 
  • Setiap pihak itu, nyatakan alasan mengapa perlu berterima kasih
  • Kebiasaan, pihak yang perlu diberi penghargaan seperti berikut (ambil 3 sahaja)
    • ibu-bapa (nyatakan nama penuh ibu dan bapa dan beri alasan/ sumbangan)
    • pengetua/ guru sejarah (nama penuh dan beri alasan/ sumbangan)
    • rakan-rakan (nama penuh rakan-rakan dan alasan/ sumbangan)
    • Orang yang ditemuramah (nama penuh dan alasan/ sumbangan)
    • pihak institusi (nama penuh dan beri alasan/ sumbangan)
4. Objektif Kajian 
  • Ditulis dengan huraian terperinci / ada perenggan. Kaitkan dengan HASIL KAJIAN.
  • Huraian objektif pertama IAITU TENTANG TAJUK KAJIAN
  • Huraian objektif kedua tentang iktibar
  • Huraian objektif ketiga tentang pengalaman - apa yang calon dapat dari kajian
5. Kaedah Kajian
  • Tulis 3 kaedah berdasarkan sumber/elemen yang diperolehi; kebiasaannya:
  • Melayari Internet: sumber yang dicetak daripada laman sesawang
    • Cara menulis: nyatakan laman web http; dan tajuk laman sesawang. Nyatakan juga sedikit maklumat yang diperolehi dari laman sesawang tersebut.
    •  
    • Temu ramah:
        • Cara menulis: nyatakan nama orang sumber, umur, alamat dan tujuan temuramah
        • Pastikan juga dapatkan salinan kad pengenalan ataupun dapatkan nama penuh, nombor kp, umur dan alamat- tujuan untuk menulis sumber rujukan.
        • Tuliskan dialog

    • Penyelidikan Perpustakaan: semua sumber bertulis seperti akhbar, majalah, jurnal buku, dll.
      • pastikan salinan akhbar ada tarikh, halaman, nama akhbar.
      • Begitu juga maklumat asas majalah dan akhbar mesti lengkap.
      • Cara menulis: nyatakan akhbar/tarikh/ tajuk, 
      • nama majalah/penerbit/tarikh/tajuk
      • Melawat Tempat Kajian: seperti melawat Gerai nasi lemak/ Kedai menjahit pakaian/ Kedai membuat labu sayong/ Kedai membuat grill / pesawah dan lain-lain
        • Cara menulis: nyatakan alamat penuh tempat kajian/ tarikh melawat dan tujuan atau apa yang diperolehi. Pastikan ada gambar pelajar sedang buat kajian di tempat kajian dan masukkan gambar itu sebagai elemen 1.
      6. Hasil Kajian
      • penting dan perlu menepati kehendak soalan
      • rujuk contoh senarai kandungan.
      • hasil kajian mesti betul 
      • Jika tak betul, calon tak boleh dapat markah penuh.
      7. Rumusan
      •  pilih tiga unsur patriotisme yang sesuai dalam senarai unsur patriotisme yang diberikan oleh guru sekolah anda.
      • Berdasarkan tiga unsur patriotisme yang dipilih tadi, huraikan kepentingan satu nilai kepada diri anda, kepentingan nilai kedua kepada bangsa, dan kepentingan nilai ketiga kepada negara.
      • Contoh: Setelah menjalankan kajian, saya berasa bangga menjadi rakyat Malaysia kerana ......(kaitkan dengan tugasan anda)
      • Jadi, contoh di atas adalah untuk rumusan diri dengan menggunakan salah satu nilai yang telah dipilih.
      • Binalah dua lagi rumusan untuk baki dua nilai terhadap kepentingan untuk masyarakat dan negara.
      8. Lampiran- Kebiasaan pelajar memilih:
      • Contoh 1: Peta jalan ke kedai pengusaha/ pasar malam/ dll
        • ambil daripada laman sesawang atau mana-mana sumber
        • potong peta 
        • tampal pada kertas lain
        • tulis sedikit maklumat ( kapsyen) pada bahagian bawah peta yang telah dilekatkan.
        • contoh; Peta menunjukan arah untuk sampai ke _________________
      • Contoh 2; Gambar tempat kajian
        • potong gambar dari mana-mana sumber / gambar yg dicuci dikedai - kategori sama
        • tampal pada kertas lain
        • tulis sedikit maklumat (rujuk contoh 1)
      •  Contoh 3: Ilustrasi atau lukis gambar berkaitan dengan produk.
      • Contoh 4: Cara membuat produk - dalam bentuk rajah/ urutan
      • INGAT: SETIAP LAMPIRAN MESTI DITULIS KAPSYEN
      9. Rujukan
      • Pelajar sering melakukan kesilapan untuk menulis rujukan
      • Pelajar perlu ada sumber tersebut jika ingin menulis rujukan
      • kadang-kadang pelajar menulis rujukan tetapi tiada sumber tersebut pada elemen 1.
      • Kebiasaannya empat sumber rujukan yang berbeza yang mudah diperolehi ialah:
        • Akhbar
          • Cara: Nama akhbar, tarikh akhbar, halaman berapa
          • Berita Harian, 25 Mac 2011, halaman 15.
        • Internet
          • Cara: tajuk, alamat laman sesawang
          • Piagam Pelanggan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, http://www.dbkl.gov.my
        •  Melawat Tempat Kajian
          • Nama institusi, diikuti alamat penuh/ poskod
          • Majlis Bandaraya Ipoh, .....alamat....
        • Majalah
          • Cara: nama majalah, bulan/ tahun diterbitkan/ halaman / penerbit
          • Contoh: Dewan Masyarakat, Januari 2010, halaman 16, Dewan Bahasa dan Pustaka.
        • Orang sumber
          • Nama penuh, umur, alamat penuh termasuk poskod.

      • Wallahualam. Mudah-mudahan dapat markah penuh IAITU 4 MARKAH.
      • 'KATAKAN SYOKNYA SEJARAH'

      73 comments:

      1. cikgu,tak faham la yg pasal hasil kajian tu..apa maksud yg buat pecahan? apa pecahannya? dan yang kaedah rujukan tu sama dengan rujukan ke?

        ReplyDelete
      2. Hasil kajian ada 4 seperti dalam soalan iaitu Institusi Pentadbiran Tempatan, Latar belakang, Peranan dan perkembangan.

        Tiada kaedah rujukan. Tetapi Kaedah Penyelidikan Perpustakaan seperti akhbar, majalah, dan buku.

        Rujukan ialah senarai sumber.

        ReplyDelete
      3. cikgu, rumusan temu ramah (kaedh kjian) perlu dibuat. nk kne masukkan skali dlm kaedh kajian ke rumusan temu ramah tu ?

        ReplyDelete
      4. cikgu kalau 'apa yang diperolehi drpd melawat tmpt kajian' tu saya tulis "mendapat penerangan yg lebih jelas mengenai peranan dbkl" boleh ke ?

        ReplyDelete
      5. nkay, rumusan temuramah adalah sumber kajian elemen 1. Dalam kaedah kajian ialah Kaedah Temuramah dan masukkan maklumat orang sumber seperti nama, umur dan alamat,dan nyatakan sikit apa y diperolehi.

        Rumusan temurah nanti perlu dimasukkan dalam hasik kajian pada bahagian yang tertentu. LIhat bahagian HASIL KAJIAN.

        ReplyDelete
      6. nkay, apa yg diperoelhi daripada tempat kajian adalah maklumat yg diperolehi di tempat kajian. Peranan DBKL mestilah dihuraikan.

        ReplyDelete
      7. cikgu, kaedah kajian tu kena buat dalam bentuk perenggan ataupun point saja ?

        ReplyDelete
      8. cikgu, boleh tak jelaskan hasil kajian dan kaedah kajian?

        ReplyDelete
      9. Pensyarah Muda: hasil kajian adalah apa yang hendak dikaji. Contoh soalan T3 bermula dengan Institusi Pentadbiran Tempatan seperti nama, nama lain....Selain itu kena dapatkan maklumat latarbelakang....4 peranan dan 4 perkembangan..

        kaedah kajian seperti Temuramah, Penyelidikan Perpustakaan, Internet, Melawat Tempat kajian.

        ReplyDelete
      10. Najaa, kaedah kena buat dalam ayat. Contoh:

        Melayari Internet
        Saya telah melayari internet.................

        ReplyDelete
      11. cikgu, boleh tak terangkan cara nak buat rumusan?

        ReplyDelete
      12. Rumusan temuramah atau rumusan kajian?

        ReplyDelete
      13. Nisa, jika nisa ting 3: ada 3 perkara iaitu apa yang saya(anda)dapat daripada kajian,kemudian apa yang masyarakat dapat, dan apa yg negara dapat...

        Jika nisa ting 1 atau 2, memadai jelaskan 3 rumusan yg anda dapat seperti dalam kajian ini saya dapat mengetahui tentang nama-nama ahli keluarga seperti nama ....Rumusan yg kedua ialah...

        ReplyDelete
      14. This comment has been removed by the author.

        ReplyDelete
      15. SALAM, cikgu gmbr nak cmprkn skali dlm hsl kajian boleh?
        kalau saya x buat hsl temuramah tapi saya buat temuramah boleh?

        ReplyDelete
      16. budak kembar: gambar adalah elemen 1 dan kalau lebih buat lampiran. Tak perlu masukkan dalam hasil kajian. Dan rumusan temuramah adalah wajib untuk ting 3 dan bukannya dialog.
        Kalau budak kembar ting 1 dan 2: memadailah buat dialog sahaja.

        ReplyDelete
      17. cikgu ape mksd cikgu. Objektif Kajian perenggan kedua ngn ketiga tentg isi tajuk...
        isi tajuk macam mane tu cikgu

        ReplyDelete
      18. objektif mesti buat 3 dalam perenggan. Boleh diambil daripada hasil kajian; tentang institusi pentadbiran tempatan, latar belakang, peranan dan perkembangan. Buat 3 objektif yang sesuai berdasarkan hasil kajian tadi.

        ReplyDelete
      19. cikgu, saya pelajar tingkatan satu, macam mana nak buat rumusan? saya tak faham la cikgu..

        ReplyDelete
      20. cikgu, kalau rujukan saya buat satu sumber je boleh tak?

        ReplyDelete
      21. lagi satu, yang hasil kajian untuk pilihan ketiga ting. 1,pecahannya macam 'Salasilah Keluarga','Perkembangan Diri dan Keluarga','Tokoh dalam Keluarga' dan 'Peristiwa Bersejarah dalam Keluarga' ke?

        ReplyDelete
      22. reika, rumusan utk T1: contoh: Saya berasa bangga kerana saya dapat mengetahui peristiwa-peristiwa penting dalam keluarga saya seperti...
        atau drpd objektif kajian, buatlah rumusan.

        Rujukan dari sumber majalah sekolah, temuramah..itupun dah dua.

        Peristiwa sejarah keluarga cari 4 peristiwa keluarga/ saudarapun boleh
        atau 4 tokoh keluarga/saudara
        atau 4 perkembanagn diri/keluarga/saudara
        Tiada soalan khusus untuk salasilah keluarga.

        ReplyDelete
      23. salam, cikgu... hasil kajian perlu buat dalam bentuk berperenggan atau point dengan sedikit huraian
        cnth : nama produk
        produk yang saya kaji....

        ReplyDelete
      24. salam cikgu, yg rumusan dialog tu nak buat bagi setiap peristiwa ke atau just buat salah satu je ?

        ReplyDelete
      25. This comment has been removed by the author.

        ReplyDelete
      26. salam , cikgu . saya tingkatan 3 . cikgu , saya buat tentang pakaian . tp , sy x tau sama ada mengikut kehendak soalan ataupn x . cikgu , klu buat ttg pakaian , dia kena spesifik ttg 1 pakaian ke ?

        ReplyDelete
        Replies
        1. bukan pakaian tetapi pengusaha/penjahit pakaian yg perlu dibuat kajian. kalau jiran ada buat ambil upah pakaian pun boleh. jgn pengusaha yg top spt DEN WAHAB tak boleh buat kajian.

          Delete
        2. kena tanya penguasaha apa pakaian yg dia buat. mungkin pelbagai. yg penting kajian pengusaha bukan pakaiannya saja.

          Delete
      27. salam cikgu..cikgu boleh tunjuk contoh objektif kajian dak..

        ReplyDelete
        Replies
        1. dalam kajian ini terdapat tiga kajian iaitu untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang produk makanan tempatan iaitu pisang goreng. selain itu, objektif kedua ialah .......huraikan ttg isi kajian..

          Delete
      28. Replies
        1. pengusaha batik kecil-kecilan boleh.

          Delete
      29. cikgu bleh x bagitau camne nak buat elemen 3 form 2?

        ReplyDelete
      30. objektif elemen 2 ting3 tu kene ade 3kan.. 1-tjuk tugasan.. 2-iktibar 3-pengalaman... pengalaman tu mcm mne? cuba bg contoh sket...

        ReplyDelete
      31. boleh bina 3 objektif dari mana-mana elemen. 3 objektif tentang 3 sub tajuk pun tak mengapa.

        ReplyDelete
      32. as'kum cikgu,saya ting.3..kalau saya kaji pasal penternak ikan keli,itu dikira kegiatan ekonomi tradisional juga ker??

        ReplyDelete
      33. Assalam cikgu. Saya nak buat tajuk pembuat batu nisan . Adakah ia mengikut kehendak soalan ?

        ReplyDelete
      34. Assalamualaikum cikgu saya nak tanya . bahagian elemen 1 kene buat dlm perenggan ke dlm point ?

        ReplyDelete
      35. Syahirul, Boleh. Pengusaha ikan keli kategori perikanan. Secara kecilan saja. seperti belakang rumah.

        ReplyDelete
        Replies
        1. tima kasih cikgu..saya memang kaji tentang perusahaan secara kecil-kecilan..XD tqvm

          Delete
      36. Kertas conteng2, Boleh. Pengusaha Batu Nisan.

        ReplyDelete
      37. Alia, Elemen 1 adalah sumber. Semua sumber diphotostat atau gambar. Dialog juga elemen 1. Ingat. Elemen 1 adalah sumber sahaja. Tak perlu nak tulis2.

        Elemen 2 adalah hasil kajian. Tak boleh tulis point.

        ReplyDelete
      38. selamat petang cikgu,
        berapa orang yang diperlukan untuk orang sumber?
        perlukah kita menyelit fotostat IC orang yang di temu ramah?

        ReplyDelete
        Replies
        1. Cukuplah seorang. Yg penting org sumber itu adalah pengusaha kegiatan ekonomi. Salinan IC perlu ada utk dapatkan maklumat org sumber. Kalau tak de IC, dapatkan maklumat dr pengusaha itu iaitu nama sebenar, no.ic, alamat.

          Delete
      39. This comment has been removed by the author.

        ReplyDelete
      40. salam cikgu nk buat objektif kajian ni kan nak kna buat perenggan ka nk tulis trus ka mcm mna???? sya xbrapa pham.....]

        ReplyDelete
        Replies
        1. Buat dlm perenggan.
          Contoh:
          Dalam kajian ini ada 3 objektif. Objektif pertama untuk mengetahui tentang latar belakang pengusaha yang menjalankan kegiatan ekonomi .... Antara latar belakang yang ingin diketahui ialah .....

          Delete
      41. Salamm cikgu..Saya tak faham nak buat Hasil Kajian bahagian Tujuan Dijalankan..Saya tak faham nak buat macammane...Kene buat dlm bntuk point atau dalam bentuk esei..Boleh cikgu terangkan??Thanks...

        ReplyDelete
        Replies
        1. salam. Tanya pengusaha tu apa tujuan perniagaan atau kegiatan ekonomi itu dijalankan. Mungkin pengusaha akan jawab untuk tambahkan pendapatan keluarga, atau peniagaan warisan yang perlu diruskan dll.

          Semua kajian dalam bentuk esei. Bukan point.

          Delete
      42. Replies
        1. boleh. asalkan dapat semua maklumat kajian daripada pengusaha/penjual popcorn

          Delete
      43. Cikgu law xmula ngan antara tu xpa kn???

        ReplyDelete
      44. kn cikgu bg dekat saya ayat bermula dengan antara jd saya nk tnya klau xmula dgn antara xpa kan

        ReplyDelete
      45. Pasal objektif ke? kena buat 3 perenggan. Setiap perenggan dan huraian.

        ReplyDelete
      46. cikgu, panduan format elemen 1 mana eh?

        ReplyDelete
      47. Cikgu,gambar klau ambik dlm internet boleh ke?
        Walaupun tiada kita kat situ?

        ReplyDelete
      48. Replies
        1. satu lagi cikgu,kalau tak dapat photostat ic pengusaha tu tak apa ke?

          Delete
        2. tanya pengusaha ttg nama penuh/ umur/ alamat dan no.ic.

          Delete
      49. Cikgu.kalo org sumber x msok surat khabar nak gnti dgn ape ye??

        ReplyDelete
        Replies
        1. orang sumber kenapa perlu masuk dlm suratkhabar. oran sumber ialah orang kita temuramah dan tanya soalan kajian pada org itu.

          Delete
      50. salam cikgu,saya tak faham macam mana nak buat hasil kajian dengan rumusan....rumusan buat dalam bentuk esei ke??

        ReplyDelete
      51. salam,,,cikgu,say nk tanya.apa yg perlu ada dalam prospek(lampiran)

        ReplyDelete
      52. Salam cikgu..saya nk tnya yg objektif kajian yg kedua tu (iktibar) nk buat mcm na ???? saya x phm

        ReplyDelete
      53. cg kn elemen 1 ad org sumber...yg dialog tu ltk bwh org sumber ka mcm mna???

        ReplyDelete
      54. cg objektif kajian kan nk kna buat 1 perenggan ka

        ReplyDelete