Sunday, February 19, 2012

KERJA KURSUS TINGKATAN 1? PERLU BUAT KE?

Kebiasaannya, murid Tingkatan 1 perlu buat Kerja kursus salasilah keluarga. Mulai tahun 2012, murid tingkatan 1 tidak lagi diwajibkan membuat kerja kursus tentang salahsilah keluarga. Sekiranya murid telah buat, tak apalah. Teruskan sampai siap. Bagi yang belum buat, guru anta akan mencadangkan tugasan lain yang berkaitan dengan kandungan mata pelajaran tingkatan 1.

Ini bermakna, tugasan yang dibuat lebih ringkas dan mudah dengan tujuan untuk memahamkan pelajar tentang penggunaan sumber dan kaedah kajian sejarah sahaja. Misalnya, dalam kandungan sejarah tingkatan 1, terdapat banyak peristiwa penting yang dinyatakan seperti Hari Kemerdekaan, Hari Guru, Hari jadi Hari Gawai dan sebagainya. Jadi, guru anta akan cadangkan satu aktiviti kepada anta agar memilih satu peristiwa, agar anta dapat mencari sumber untuk mendapatkan maklumat peristiwa yang telah dipilih.

Aktiviti yang dicadangkan itu, akan membolehkan anta mencari maklumat dan menggunakan kaedah serta sumber yang tepat. Jadi, dalam pentaksiran tingkatan 1, anta telah melepasi salah satu kemahiran dalam band 3.

Jadi, panduan yang anta baca untuk membuat kerja kursus tingkatan 1 dalam blog ini hendaklah diabaikan. Panduan tersebut boleh diguna pakai untuk tingkatan 2 dan 3.

psss..ana nak cuba instrumen yang ana dah bina.

Friday, February 17, 2012

PENTAKSIRAN SEJARAH TINGKATAN 1

Bermula tahun 2012, pentaksiran untuk Tingkatan 1 telah berubah. Semua subjek dalam tingkatan 1 akan ditaksir dengan menggunakan dokumen standard prestasi yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Penggunaan kurikulum masih menggunakan KBSM. Markah tidak dititikberatkan. Tetapi lebih kepada perkembangan prestasi yang dibahagikan mengikut band daripada band 1 hinggalah band 6. Pada peringkat sekarang, beberapa negeri seperti zon Tengah dan Kuching telah menerima penataran dari Lembaga Peperiksaan dan dibantu oleh Juru Latih Utama Kebangsaan. Bagi ana, usaha ini satu tambah baik untuk PMR. Anta juga perlu tahu, untuk sekolah rendah sudah dilaksanakan di Tahun 2 dengan menggunakan KSSR.

Bagi cikgu yang dilantik sebagai Jurulatih Utama, ana ucapkan tahniah dan bertugas dengan penuh bertanggungjawab jawab.

Psss...Ana dah pelbagai jawatan dipikul...

KERJA KURSUS SEJARAH 2013- sedikit perubahan maklumat



 
Ana dah tengok soalan kerja kursus sejarah PMR 2013. Sekali baca macam senang. Dua kali baca macam susah aje. Tiga kali baca pening juga nak bimbing murid nih. Empat kali baca memang senang. Tugasan kali ini melibatkan kegiatan ekonomi tradisional dan ada kaitan dengan melawat tempat kajian. Kalau murid yang tinggal di Kuala Terengganu bolehlah mereka ke Losong, untuk kajian pengusaha keropok lekor. Kalau yang tinggal di sekitar Kuala Kangsar, bolehlah membuat kajian pengusaha Labu Sayong yang banyak di sekitar K.Kangsar. Kicap Tamin bolehke? Jawapannya tak boleh sebab pengeluarannya berskala besar. Sate Kajang juga tak boleh sebab dah popular dan berskala besar dan ada cawangan lagi. Apa yang boleh? Sebenarnya banyak yang boleh dikaji dan tempat kajian ada disekeliling anda. Betul ke?
Jadi ana turunkan sedikit panduan untuk mendapatkan produk tempatan yang ditetapkan:
1. Hasil keluaran seseorang pengusaha bukan berskala besar
2. Memadai hasil pengeluaran secara kecil-kecilan.
3. Hasil keluaran tidak dieksport keluar negara. Itu berskala besar.
4. Bukan berjenama terkenal. Kalau terkenal, ada kaitan dengan skala besar hasil pengeluaran.
5. Pengusaha tepi jalan/ pasar malam/ gerai majlis daerah atau kiosk layak sebab berskala kecil.
6. Kantin sekolah tak dibenarkan.
7. Antara makanan yang berskala kecil seperti pengusaha apam balik, putu mayam, karipap, roti canai, bahulu, akok, pisang goreng, keropok lekor, putu perak, putu piring dan sebagainya yang dijual di sekitar kawasan rumah/ taman/ kediaman murid. 
8. Jika memilih kraf, pengusaha membuat grill juga boleh dibuat kajian.
10. Jangan lupa ambil gambar anda dengan pengusaha di tempat kajian. Ambil juga gambar di kawasan sekitar. Gambar penting untuk kaedah melawat tempat kajian.
11. Jangan lupa segala soalan yang anda tanya hendaklah dicatat, kemudian buat dialog untuk kaedah Temuramah. Dapatkan juga maklumat pengusaha melalui salinan kad pengenalan atau business card. Makluamat itu penting untuk menulis rujukan.
12. Dapatkan juga maklumat di internet, tentang pengusaha yang dikaji. Jangan save dalam thumb drive. Jangan ditukar kepada word. Ingat.. terus print dari internet. Jika anda print dari internet, maklumat itu penting untuk kaedah melayari internet.
13. Dapatkan juga maklumat melalui buku, akhbar, majalah. Maklumat itu penting untuk kaedah Penyelidikan Perpustakaan.
14. Jika semua itu dilakukan, anda berhak untuk mendapat 4 markah penuh untuk Elemen 1 sebab anda ada 4 maklumat/sumber yang berbeza. Waktu yang sama anda dah ada 4 kaedah yang berbeza.

Apa tunggu lagi.. cepatlah cari sumber yang terdekat. 
'KATAKAN SYOKNYA SEJARAH' 

p/s: lihat cara menulis hasil kajian dalam blog ini yang telah diedit bertarikh 23.3.2011. Boleh dijadikan panduan menulis hasil kajian 2013.