Monday, July 25, 2011

Cara menulis KST Ting 1: Perkembangan diri dan keluarga

1. Dapatkan maklumat iaitu:
- tempat dan tarikh lahir diri dan ahli-ahli keluarga
- tempat asal ahli keluarga seperti ibu bapa
- tempat tinggal sekarang
- tempat-tempat lain yang pernah ahli keluarga menetap; contoh jika anak tentera banyak tempat menetap.
- dapatkan maklumat pendidikan setiap ahli keluarga
- pekerjaan ahli keluarga
- Nyatakan secara umum peristiwa penting ahli keluarga. (tidak perlu lengkap seperti tajuk pilihan 1)
- Buatkan satu dialog dengan ibu atau bapa tentang perkembangan diri ahli keluarga seperti bertanya asal usul, kampung ibu bapa, kemajuan pendidikan, kerjaya dan peristiwa penting dalam keluarga.
- Wajib buat dalam cuti.

2. Menulis dalam bentuk esei dan buat sub tajuk:

Tarikh kelahiran keluarga
Keluarga saya terdiri daripada 10 orang adik beradik. Ayah saya lahir pada 7 Julai 1965 di Paya Trubong, Melaka. Ibu saya pula........ Kakak saya yang sulong pula.......... (tulis sampai habis tarikh lahir keluarga)


Tempat asal ahli keluarga
Berdasarkan temubual saya dengan ayah, keturunan ayah adalah berbangsa Bugis dan berasal dari Riau Sumatera. Datuk sebelah ayah telah datang ke Tanah Melayu pada tahun ........ Datuk sebelah ayah telah menetap di Kampung Trong, Perak sehinggalah meninggal dunia pada tahun ...... Keturunan ibu saya pula berasal daripada Jawa Tengah. Datuk ibu saya bernama telah datang ke Parit Semarang pada tahun .........
Mereka telah membuka kampung di Parit Semarang.

Tempat tinggal
Keluarga saya mempunyai sejarah tempat tinggal. Saya kini tinggal di............... Sebelum itu keluarga saya di ............. kerana.......... Saya tinggal di situ selama ......................Saya juga pernah tinggal di ........... selama ...........tahun. Ini disebabkan.................

Pendidikan
Ceritakan sejarah pendidikan......

Pekerjaan
Ceritakan sejarah pekerjaan

Peristiwa Penting
Ceritakan secara ringkas peristiwa-peristiwa penting 

Contoh menulis KST Ting 1 Tajuk 2: Tokoh dalam keluarga

1. Tentukan 4 Tokoh seperti ibu/ bapa/ bapa saudara/ kakak dan lain-lain 
2. Selepas dapat maklumat, tuliskan dalam bentuk esei kejayaan setiap tokoh:
3. Cara menulis esei:

Tokoh 1: Humaidi bin Hazli

Encik Humaidi merupakan tokoh dalam keluarga saya. Beliau dilahirkan di Pantai Remis, Perak pada tahun 1968. Beliau mendapat pendidikan awal di................ sehingga darjah enam. Kemudian beliau menyambutkan pelajaran di sekolah menengah ............ sehingga tingkatan 5. Selepas mendapat SPM dengan pangkat 1, beliau ditawarkan memasuki tingkatan enam di ..................

Seterusnya beliau memasuki maktab perguruan....
kemudian menyambung pelajaran di ........ dalam bidang...........(ceritakan pendidikan hingga masa kini)

Dari segi pekerjaan, beliau telah bekerja beberapa jenis pekerjaan. Antara pekerjaan awal ialah bekerja kilang ............... di ................. Kemudian bekerja pula di ................ selama 3 tahun. Selepas beliau memasuki bidang pendidikan hinggalah kini bertugas di ....................Kini beliau menjadi guru selama ........... tahun. 

Antara jasa dan kebajikan beliau..................

Antara anugerah yang dicapai oleh beliau ialah pernah mendapat anugerah pelajar harapan di ................ kemudian mendapat anugerah dekan selama ............ kali berturut-turut. Dalam konvokesyen, beliau mendapat dua anegerah iaitu......................... dan .................. Dalam bidang pendidikan beliau pernah mendapat ....... kali anugerah perkhidmatan cemerlang iaitu pada tahun....... beliau pernah menjadi pelajar terbaik.......................

Antara sifat beliau.................
Tulis pula tokoh yang kedua, ketiga dan keempat seperti contoh pertama.

Maklumat Tambahan KST Tingkatan 1: Cara menulis 4 peristiwa penting

Cara menulis:
1. Tentukan 4 peristiwa
2. Tulis dengan lengkap peristiwa yang dipilih.
3. Tulis dalam esei
3. Dilarang tulis dalam bentuk point/ rajah/ short form.

Contoh:
Peristiwa Perkahwinan Ibu Bapa
Ayah dan ibu saya telah bernikah pada (tarikh) di (tempat). Seramai 3 buah kereta telah pergi ke majlis pernikahan tersebut. Pada keesokan harinya, majlis persandingan telah diadakan di rumah pengantin perempuan (rumah mak saya ) di Parit Semarang. Ayah saya telah diarak dengan paluan kompang. Kemudian ayah saya perlu membayar "tol" sebelum bersanding. Terdapat dua 'tol' yang perlu dibayar oleh pengapit ayah saya.....................(ceritakan lagi peristiwa perkahwinan itu. Satu helai hingga sehelai setengah).

Tulis pula peristiwa dua, tiga dan empat secara detail.

Saturday, July 23, 2011

Untuk Form 1 SMKAKL Sahaja

Langkah-langkah siapkan Kajian Sejarah Tempatan sehingga 15 Ogos.
Bahagian A
1. Kumpulkan sumber/ bahan

Bahagain B
1. Siapkan hasil kajian ikut tajuk yang telah dipilih. Lihat contoh menulis yang terbaru.
2. Siapkan juga maklumat lain seperti yang telah dibincangkan dalam kelas:
      Tajuk/ senarai kandungan/ penghargaan/ objektif/ kaedah kajian/ Hasil Kajian / lampiran/ rumusan/ dan rujukan/
Jika lupa lihat senarai arkib dalam blog ini.

Bahagian C
1. Siapkan kulit depan

Susunkan ikut bahagian C, A dan B. Kemudian binding dan hantar.

Pemberatan markah:
Penuh: 10 markah
Bahagian A:                  3 markah
Bahagian Hasil Kajian: 4 markah
Lain-lain maklumat:        3 markah

Wednesday, July 20, 2011

NKRA....apa tu?

Sistem pendidikan di negara ana berubah lagi. Kali ini cara pengisian pemarkahan pelajar. Sebelum tu dah ada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan mula dilaksanakan pada tahun ini. Anak ana dalam darjah satu adalah printis. Baru-baruni pula di sekolah ana ada taklimat tentang pengisian markah secara online yang boleh buat di mana-mana asalkan ada capaian internet. Bagi ana, itu satu perubahan dalam pelaksanaan sistem pemarkahan terkini. Sebelum ni masa zaman ana bersekolah, semuanya manual. Kini tak lagi semuanya berubah. Ada sisteks, emateks, saps, dan nanti akan muncul Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Ana sebagai pengamal kurikulum, ana perlu ikut perkembangan tu walaupun ana kini dah masuk alam tua. Tua mateng dan bingkas. Kalau dah tua boleh bingkas, yang muda kenalah tangkas dan janganlah bungkes ya.

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Ana tak pasti perlaksanaan KSSR menyeluruh di seluruh negara berjalan OK. Sebab itu pun kena online juga. Sebab anak ana masih dapat report card macam dulu-dulu. Mungkin belum bersediakut. Tapi cikgu sekolah ana tak bungkam dengar taklimat. Semuanya tak sabar nak buat saps. Kerana mudah dan senang buat pemantauan. Kalau macam tu, baguslah..sebab bekerja cara ana ni macam busy bangat. Tapi, kadang-kala ana teringatkan kawan ana yang bekerja macam ana dikawasan pedalaman...INTERNET??? Ada broadband kut..


Baru 10 minit Yob, dah gugur 'hair'
Ok..Cam takda masalah yo..
Tak percaya...betulke sampai beruban?

Lirikan manja...huhu..macam pernah dengar..

Sopan mendengar

Pantang nampak kamera..hehe
Serupa tapi tak sama
Tak serupa dan tak sama

Ehh...Tengok apa tu?


Guru Oh Guru, Cikgu Oh Cikgu...
 

  

Rekod larian tercipta...


Larian piramid

Ana tumpang gembira kerana sekolah ana terlibat langsung untuk larian 1 pelajar 1 sukan. Hari itu saja hampir 4 juta pelajar lari serentak seluruh negara. Pecah rekod Malaysia. Tapi tidaklah lari untuk rebut hadiah. Cuma jogging aja. Jalanpun tak apa. Tapi ana taklah ikut lari sama sebab ana kena jaga pelajar ana di jalanraya. Biasalah, pelajar ana ni baik-baik belaka. Macam-macam cara laripun ada. Semua happy bangat. Pegawai PPD pun datang untuk jadi saksi. Sebab banyak syarat perlu dipatuhi untuk larian tu. Ana lepas larian, ternampak satu restoran. Ana apa lagi singgah. Ana ingat ana seorang, rupanya dah ramai orang. Gembira juga ana dengan larian tu. Lepas larian, di dewan sekolah ana ada penyampaian hadiah karnival sukan pulak. Ana dulupun jaguh dalam merentas desa dan pernah wakil sekolah ke peringkat daerah je...Menang???

Larian berani
Larian poco-poco

Larian puteri pagi
Larian kanggaru
Larian kawad Jerman

Larian bersin..ops bukan..larian berirama sedansa
Larian nak tidur
Larian selepas lari....ngete..
 Tahniah. Tahun depan cipta lagi keunikan larian yang berseni....Ana teringin nak berlari dalam swimming pool.

Tuesday, July 19, 2011

Student from Indonesia

Bapak rehat sebentar, mungkin keselan.
Hari ini (17 Julai) sekolah ana dikejutkan dengan kedatangan pelajar Indonesia. Lebih kurang 30 pelajar antara 15 hinggalah 17 tahun. Kedatangan pelajar Indonesia adalah kali pertama sepanjang ana berkhidmat di sekolah ana. Sebelum tu melibatkan guru-guru dari kepulauan Sumatera pernah datang ke sekolah ana. Ana tumpang bangga. Kedatangan pelajar Indonesia dilayan dengan penuh mesra oleh MPP sekolah ana. Setidak-tidak pengalaman MPP dapat menggalakkan budaya berkomunikasi yang baik antara dua negara. Sebelumni pun MPP pernah buat bench mark di Sabah. Kalau staff dan pelajar Indonesia pernah melawat sekolah ana, bila pula guru dan pelajar sekolah ana nak buat bench mark di Indonesia? Seronok juga melawat tempat orang lagipun yang paling best, ana baru sekali naik belon seumur hidup...Lepas ni bila pula???
Disambut oleh pelajar dengan senyuman

Sedang menuju ke Kantor sekolah

Terima info dari pengawas

Sempat juga bergambar untuk kenangan sekolah ana


Melawat pusat sumber

Terima kasih bangat melawat pusat sumber   


Melawat kelas sambil berposing

Mudah-mudahan difahami infonya

Terima kasih. Jangan serik. Datang lagi. Sekolah ana mengalu-alukan kedatangan anda.

Monday, July 18, 2011

Termakan daging arnab

Ana ucapkan tahniah pada pelajar tingkatan 4 sekolah ana yang terlibat secara langsung dalam program latihan penyembelihan yang baru lalu. Program ni memang dibuat tiap-tiap tahun. Dengan citer hanya 4 ekor yang tak halal di makan...Kalau macam tu lebih baik daripada tahun sebelumnya. Memang hebat. Tapi tahun ni tak ada burung puyuh. Sebagai gantinya arnab.

Masa di belakang dewan, ana sedang asyik makan daging yang disangkakan ayam. Habis seketul ambil lagi seketul. Memang rasanya kenyal. Mula-mula tak rasa pelik. Lepas tu seorang ustaz kata, yang tu daging arnab...Loh..patutlah dagingnya merah...Nak kata apa..dah dua ketul belasah..Lepastu ana makan daging ayam yang sebetulnya..Itulah kali pertama ana makan daging arnab. Nak makan lagi...

Friday, July 15, 2011

Balik kursus?

Ana minggu ni sebenarnya baru balik mesyuarat 4 hari. Mesyuarat untuk kebaikan pelajar seluruh negara di mana-mana saja mereka berada. Bagi ana memang penat, letih walaupun duduk di hotel dan makan sedap. Ilmu baru ana dapat berbanding antum yang tak terlibat. Bila direnungkan, ana teringat kata-kata seorang cikgu berbangsa Cina yang ana tak ingat namanya. Cikgu berbangsa Cina tu kata, kalau mengajar di KL, macam-macam ilmu dapat. Memang ana akui banyak ilmu yang dipelajari, didalami, diperbaharui dan dipraktikkan duduk di KL ni. 

Ana tak dapat jangka bagi cikgu yang berada nun jauh di pedalaman. Ilmu yang diperolehi sebenarnya dapat dimanfaatkan untuk anak-anak bangsa. Tapi kadang-kadang anak pelik, sebab ada orang yang tak mahu terlibat dengan macam-macam aktiviti, program atau mesyuarat. Cukup dengan apa yang ada. Kalau ana jadi macam tu mungkin ana mati kutu...lagipun ana tak ada kutu...masa kecik adala...letak kutu lagi...Main kutupun ada...

Friday, July 8, 2011

Suka kena kejar?

Ana timbulkan persoalan ini bukan apa. Kadang-kadang budaya kita suka kena kejar. Dengan hantu, dengan along, dengan anjing, dengan kawan-kawan dan yang hebatnya dengan cikgu. Apa kaitan dengan cikgu kejar? Satu perkara normal di sebuah sekolah cikgu kena kejar pelajar. Bukanlah maksud ana main aci kejar. Tapi cikgu kena kejar untuk dapatkan buku latihan, cikgu kena kejar untuk dapatkan kertas kerja. Dan paling penting cikgu kena kejar pelajar untuk siapkan kerja kursus seperti sejarah, geografi dan kemahiran hidup.

Kadang-kadang ana pun rasa pelik mengapa pelajar suka kena kejar dengan cikgu macam analah. Sepatut boleh siap lebih awal. Tapi suka cikgu kejar, dan cari mereka. Tunjuk ajar dan bimbingan dalam kelas dan diajar satu persatu dan hasilnya perlu diulang semula maklumat. Ana salah bagi maklumat? atau pelajar tidak beri perhatian? Cara macam faham. Kadang-kadang ana buat penilaian macam ada ukhwah pulak. Kalau seorang tak hantar, semua tak hantar. Kalau nak hantar biar sama-sama hantar. Yang perempuan kira oklah. Yang lelaki aduh...pening bangat.. Kena ingat...kena ingat berkali-kali...

Bila dah naik angin, pandai pulak kerja siap..Ana kena naik angin selalu kot...tapi ana bukan macam tu..Macam hari ini pelajar ana semua hantar projek sejarah.. Itupun bila ana kata minggu depan ana bertugas rasmi diluar empat hari. Akhirnya dapat semua projek sejarah walaupun sepatutnya pelajar macam sekolah ana dah lama siap....Di mana silapnya? Atau memang suka kena kejar....... Ana takut bila ada anak anjing cuba kejar ana..     

Semua dah hantar? Bagus..

Ahli kelabpun baru hantar. TQ.