Friday, February 17, 2012

KERJA KURSUS SEJARAH 2013- sedikit perubahan maklumat



 
Ana dah tengok soalan kerja kursus sejarah PMR 2013. Sekali baca macam senang. Dua kali baca macam susah aje. Tiga kali baca pening juga nak bimbing murid nih. Empat kali baca memang senang. Tugasan kali ini melibatkan kegiatan ekonomi tradisional dan ada kaitan dengan melawat tempat kajian. Kalau murid yang tinggal di Kuala Terengganu bolehlah mereka ke Losong, untuk kajian pengusaha keropok lekor. Kalau yang tinggal di sekitar Kuala Kangsar, bolehlah membuat kajian pengusaha Labu Sayong yang banyak di sekitar K.Kangsar. Kicap Tamin bolehke? Jawapannya tak boleh sebab pengeluarannya berskala besar. Sate Kajang juga tak boleh sebab dah popular dan berskala besar dan ada cawangan lagi. Apa yang boleh? Sebenarnya banyak yang boleh dikaji dan tempat kajian ada disekeliling anda. Betul ke?
Jadi ana turunkan sedikit panduan untuk mendapatkan produk tempatan yang ditetapkan:
1. Hasil keluaran seseorang pengusaha bukan berskala besar
2. Memadai hasil pengeluaran secara kecil-kecilan.
3. Hasil keluaran tidak dieksport keluar negara. Itu berskala besar.
4. Bukan berjenama terkenal. Kalau terkenal, ada kaitan dengan skala besar hasil pengeluaran.
5. Pengusaha tepi jalan/ pasar malam/ gerai majlis daerah atau kiosk layak sebab berskala kecil.
6. Kantin sekolah tak dibenarkan.
7. Antara makanan yang berskala kecil seperti pengusaha apam balik, putu mayam, karipap, roti canai, bahulu, akok, pisang goreng, keropok lekor, putu perak, putu piring dan sebagainya yang dijual di sekitar kawasan rumah/ taman/ kediaman murid. 
8. Jika memilih kraf, pengusaha membuat grill juga boleh dibuat kajian.
10. Jangan lupa ambil gambar anda dengan pengusaha di tempat kajian. Ambil juga gambar di kawasan sekitar. Gambar penting untuk kaedah melawat tempat kajian.
11. Jangan lupa segala soalan yang anda tanya hendaklah dicatat, kemudian buat dialog untuk kaedah Temuramah. Dapatkan juga maklumat pengusaha melalui salinan kad pengenalan atau business card. Makluamat itu penting untuk menulis rujukan.
12. Dapatkan juga maklumat di internet, tentang pengusaha yang dikaji. Jangan save dalam thumb drive. Jangan ditukar kepada word. Ingat.. terus print dari internet. Jika anda print dari internet, maklumat itu penting untuk kaedah melayari internet.
13. Dapatkan juga maklumat melalui buku, akhbar, majalah. Maklumat itu penting untuk kaedah Penyelidikan Perpustakaan.
14. Jika semua itu dilakukan, anda berhak untuk mendapat 4 markah penuh untuk Elemen 1 sebab anda ada 4 maklumat/sumber yang berbeza. Waktu yang sama anda dah ada 4 kaedah yang berbeza.

Apa tunggu lagi.. cepatlah cari sumber yang terdekat. 
'KATAKAN SYOKNYA SEJARAH' 

p/s: lihat cara menulis hasil kajian dalam blog ini yang telah diedit bertarikh 23.3.2011. Boleh dijadikan panduan menulis hasil kajian 2013.

5 comments:

  1. kalau gerai pasar malam yg tiada lesen?harap soalan ini dijawab dgn secepat yg mungkin....tq

    ReplyDelete
  2. boleh. Asalkan ada produk tempatan yg dijual. Tapi pasar malam selalunya dapat kebenaran dari majlis daerah. Peniaga tu pula akan dikenakan sedikit bayaran pada hari pasar malam itu berlaku. Kalau tak de lesen pun takpe. ambil gambar, buat rumusan dialog. Boleh tanya mengapa tak de lesen.

    ReplyDelete
  3. Kalau nak buat baju kurung tu termasuk dalam kategori tukang jahit ek? Tapi kedai dia mmg rumah dia so takde lesen takpe ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Kalau takde lesen tak apa. Cuba tanya tukang jahit tu ada atau tidak sijil belajar menjahit. Kalau ada photostat. Sebab itu sumber untuk kaedah analisis dokumen.

      Delete
  4. makcik pisang goreng ni takde sijil halal, bila tanya dia kata " Kedai melayu buat apa nak ada" and dah hilang katanya. so..cemana ?

    ReplyDelete