Thursday, December 22, 2011

PMR TERBAIKK

  Sekalung tahniah untk pelajar tingkatan 3 sekolah ana atas kejayaan cemerlang dalam PMR 2011. Daripada 160 calon, 56 calon dapat straight 9A. Manakala 38 calon dapat straight 8A. Pencapaian calon juga dapat meningkatkan kualiti gred purata sekolah daripada 1.25 kepada 1.23. Hebat bagi sekolah dan terbaeek. Bagi subjek ana pula ada sikit merosot daripada 1.16 kepada 1.28 gred purata. Walaupun merosot, ana ucapkan rasa syukur Alhamdulillah kerana tidak ada calon yang dapat gred D dan E. 

Berdasarkan ujian intervensi, pertengahan dan trial, hampir 15 calon dapat gred D dan juga gred E. Itulah yang lebih ana bimbangkan. Kejatuhan gred purata bagi subjek ana, memang ana jangkakan dan apabila pengetua tanya ana semasa meeting tentang apakah boleh capai dalam PMR kelak, ana jawab "Saya tak berani cakap". Maksud ana ada calon-calon yang sangat membimbangkan ana. Tapi Allah telah memberi ketentuan, bahawa semua calon lulus sekurang-kurangnya gred C. Sebab itu, bila ana lihat result dengan sedikit merosot, ana ucapkan Alhamdulillah kerana tidak ada calon yang gagal. Ada rakan ana agak terkejut, kerana ana ucap Alhamdulillah walaupun merosot. 

p.s.: Dah tiga kali berturut-turut naik, dan kali ini sesekali perlu jatuh untuk kebaikan dan iktibar. 

 

Tuesday, December 20, 2011

SYOKNYA BERBENGKEL

Ana dapat merasakan bahawa sekolah ana merupakan antara sekolah terawal di Malaysia yang telah membuat mesyuarat pertama untuk 2012 dan berbengkel untuk menghasilkan pelan strategik iaitu antara 11 hingga 13 dan 14 Disember untuk keputusan PMR. Hebat bukan! Ana enjoy bila mesyuarat dan bengkel. Bagi ana mesyuarat dan bengkel adalah masa yang paling sesuai untuk menyuarakan sesuatu. Bila sesuatu disuarakan, semua guru akan dengar dan perhatian diberi. Respon dan penjelasan yang kukuh tentulah diperlukan daripada pihak pentadbir. Bila di luar mesyuarat, segala persoalan yang diungkapkan kadang-kadang diambil peduli tetapi tidak seperti yang diharapkan. Persoalan, kesilapan, teguran, perbincangan dan kegembiraan berlaku sepanjang tempoh mesyuarat dan berbengkel pada tahun ini adalah cemerlang dari ana. Sebab apa? sebab ana banyak bertanya dan memberikan fakta-fakta yang sepatutnya diketahui oleh guru untuk membetulkan kesilapan. Tapi fakta itu mungkin dah lupa atau tak perasan.

p.s.: ana sering berdebar bila nak mula bertanya...lepastu...bisa pak. .

Thursday, December 15, 2011

EXAM DAH HABIS

SPM 2011 baru saja berakhir. Di sekolah ana, tarikh akhir adalah 13 Dis yang lepas. Ana macam biasa tunggu pemulangan buku teks. Paper akhir adalah PQS. Habis pukul 4.30 pm. Ana dan  rakan guru spbt tungkus lumus pungut buku teks hinggalah pukul 6.30 pm. Yang mengejutkan ada 2 orang pelajar perempuan masih tak pulang buku pada hari tersebut. Ana terus stay di bilik boss hingga pukul 7 mlm. Susun dan kemas sikit supaya nampak cantik dan tersusun.

Tidak seperti tahun-tahun yang lepas, kalau habis SPM, pelajar akan buat BBQ. Tapi tahun ini tiada program tersebut. Kalau ada, ana akan tunggu sampai lewat malam. Baru balik rumah. Bila tak buat program, ana kenalah balik awal. Kalau duduk sorang-sorang dalam bilik tu, seram juga. Maklumlah hari dah malam. Apa-apa pun ana ucap tahniah kepada pelajar sekolah ana sebab dah abis exam. Moga-moga cemerlang bila result keluar. 

Tuesday, November 8, 2011

Soalan Sejarah SPM 2011- Satu Analisis

Sila nilaikan dan buat keputusan kendiri. Ini hanyalah satu analisis soalan negeri-negeri:
Tema 7: Tamadun Awal Manusia
Bab 1: Tamadun Indus dan Hwang Ho
Bab 2: - Tamadun China- aspek pemerintahan, undang2 dan perluasan kuasa
Bab 2: - Tamadun India- aspek ekonomi, pendidikan, bahasa dan kesusasteraan
Bab 3: Pengaruh Hindu Buddha: Bahasa sanskrit, kesusasteraan, candi, kerajaan Srivijaya/ Kedah Tua
Ingat: Tahun 2010 keluar bab 1.

Tema 8: Tamadun Islam dan Perkembangan
Bab 4: Penerimaan dan bentuk/cara penentangan serta cara Nabi Muhammad menyelesaikan masalah
Bab 5: Perjanjian Aqabah 1, 2, Hijrah, Piagam Madinah, Strategi penyebaran Islam dan Perang dalam Islam, Pembukaan semula Kota Makkah.
Bab 6: Khalifah Uthman dan Ali, Sumbangan Kerajaan Abbasiyah, Pertembungan Tamadun Islam- cara/kesan
Bab 8: Pengaruh Islam dalam pentadbiran, pendidikan, kesenian, perdagangan/mata wang, cukai, bahasa/sastera
Ingat: Tahun 2010 bab 4 (esei) dan bab 7 (struktur)

Tema 9: Perkembangan di Eropah dan kesannya terhadap ekonomi negara
Bab 9: Zaman Gelap- Ciri-ciri/ persamaan sistem feudal, Gerakan Reformation
Bab 10: Berkaitan dengan tanah/ pemilikan tanah/ undang2 tanah/ pekebun kecil, kemasukan buruh, pendidikan vernakular, pengangkutan.
Ingat: Tahun 2010 bab 9 (esei)

Tema 10: Kemunculan dan perkembangan nasionalisme sehingga perang dunia kedua
Bab 1: Gerakan nasionalisme tahap pertama dan kedua/ gerakan nasionalisme di Thai/ penjajahan Sepanyol di Filipina/ gerakan nasionalisme tahap pertama di Filipina/ perubahan sistem politik di Asia Tenggara/ kesan sistem birokrasi Barat/ faktor barat perkenalkan perubahan/ Sistem birokrasi barat di Burma, Indochina/ Mongkut/ Chulalongkorn/ Sistem ecomienda/ Jabatan di Indonesia
Bab 2: Gerakan Islah/ Persatuan / Kesatuan Melayu Muda/ Akhbar- baca semua

Tema 11: Pembinaan bangsa dan negara
Bab 3: Sistem Jemaah menteri/ Undang2 Tubuh Tganu/ Demokrasi dan persekutuan
Bab 4: Malayan Union
Bab 5: Perjanjian Persekutuan T. Melayu 1957- baca semua 
Bab 6: Pembentukan Malaysia- baca semua
Bab 7: Badan perundangan (Dewan Negara/Rakyat, badan pelaksana- tugas jemaah menteri, Badan kehakiman-peranan sistem kehakiman/ bendera dan jata negara/ negara persekutuan
Bab 8: Dasar pendidikan kebangsaan/ akta bahasa/ kebudayaan/ sukan/ wawasan 2020

Tema 12: Malaysia dalam kerjasama antarabangsa (wajib baca setiap tahun keluar)
Bab 9: Perang dunia 1- baca semua/ Komanwel/ OIC/ Nam/ Negara2 Selatan

Selamat Berusaha Mudah-mudahan Berjaya.

Saturday, October 29, 2011

Soalan SPM Latihan 2011

1. Nabi Muhammad s.a.w telah menyusun pelbagai strategi dan menghadapi beberapa siri
peperangan untuk menyebarkan Islam ketika mengetuai Kerajaan Islam Madinah.
(a) Namakan dua kerajaan yang Nabi Muhammad s.a.w. telah menghantar perutusan untuk sebarkan Islam.   
(b) Namakan dua peperangan yang telah berlaku antara orang Quraisy Makkah dengan orang Islam Madinah.
(c) Nyatakan tiga prinsip peperangan dalam Islam.
(d) Orientalis Barat menyatakan Islam tersebar melalui peperangan. Beri tiga pendapat anda untuk menolak hujah tersebut.

2. Kemunculan kerajaan Islam seperti Kerajaan Bani Abbasiyah dan Kerajaan Turki Uthmaniyah telah membawa kepada pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia.
(a) Nyatakan dua cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain.
(b) Nyatakan tiga kesan pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun lain.
(c) Senaraikan tiga tokoh ilmuan Islam yang lahir ketika zaman kemuncak Islam
(d) Apakah dua kepentingan tamadun Islam terhadap negara Malaysia?

3. Zaman Pertengahan telah berlaku di Eropah selepas kejatuhan tamadun Rom.
(a) Nyatakan satu peringkat Zaman Pertengahan.
(b) Senaraikan empat ciri Zaman Pertengahan peringkat awal.
(c) Nyatakan tiga persamaan sistem feudal di Eropah dengan masyarakat Melayu tradisional.
(d) Nyatakan dua iktibar Zaman Gelap kepada masyarakat negara kita hari ini.

4. Kepesatan pembangunan sektor pertanian dan perlombongan telah mendorong pihak British
membawa masuk tenaga buruh dari luar .
(a) Nyatakan tiga sebab kedatangan buruh luar.  
(b) Senaraikan tiga cara kemasukan buruh luar.
(c) Nyatakan dua kesan terhadap buruh yang berpunca daripada cara kemasukan buruh.
(d) Pada pendapat anda, mengapakah masih berlaku kemasukan buruh luar pada masa kini?

Thursday, October 27, 2011

Maka bersukanlah kita

Sejak dari sekolah rendah hinggalah ke Universiti, ana tidak ada pengalaman sukan diadakan pada bulan November. Cuma yang ana ingat, sikit hari lagi ada sukan SEA yang bakal berlangsung di Indonesia. Tapi international games. Sepanjang ana ingat, sukan di sekolah dulu-dulu semuanya awal tahun, antara Januari hingga Februari maka sibuklah setiap sekolah di Malaysia ini, termasuklah ketika ana di sekolah rendah dan menengah. Sepanjang sukan tersebut, ana ada juga masuk pertandingan. Ana pernah masuk 4X100 ketika darjah 6. Tapi team ana kalah dapat nombor dua. Ana buat silap sebab baton ana jatuh. Ustazah yang jadi guru rumah sukan marah ana sebab ana buat silap dan pada peringkat awal team ana dah leading jauh team lain. Ana masih ingat, ada kawan ana nak gantikan tempat ana. Dia kata kalau menang, hadiah tu ana ambillah. Tapi ana nak masuk juga.

Tapi ana tetap gembira kerana dapat nombor dua dan ana dapat hadiah tuala. Masa di tingkatan lima, ana pernah masuk 400 meter peringkat akhir, tapi ana kalah dapat nombor 5 daripada 6 peserta. Masa tu ana juga jadi setiausaha rumah sukan. Ana masuk merentas desa dan dapat hadiah nombor sepuluh. Kira hebat jugalah ana ni.  

Bila ana dah jadi cikgu, tradisi sukan awal tahun diteruskan. Tapi tahun ini sejarah tu tak kekal sebab sekolah ana buat sukan bulan november. Semua akur. Segala perancangan dibuat walaupun ada perubahan yang dibuat tiba-tiba atas sebab tertentu. Ana kagum dengan cikgu sekolah ana. Sibuk dengan final exam, marking papers, buat pula sukan akhir tahun, mesyuarat yang pelbagai agenda, persediaan tahun 2012 dan macam-macam lagi. Walaupun di sekolah ana menghadapi masalah main power, tapi tugas tetap diteruskan. Bak kata pepatah Melayu, HUJAN EMAS DI TEMPAT ORANG, HUJAN BATU DITEMPAT SENDIRI. LEBIH BAIKLAH DI TEMPAT SENDIRI kerana itu akan memberi iktibar dan semangat kepada diri sendiri yang perlu berbangga dengan sekolah sendiri. Mudah-mudahan berjaya terlaksana.

p/s: Kadang-kadang ana terpaksa banding dengan sekolah lain untuk dapatkan kunci kejayaan. 

Saturday, October 22, 2011

Maka Bergraduasilah Mereka

Agak janggal kalau Tingkatan 5 tahun ini tidak bergraduasi macam antum atau smkalian yang lain. Tahun ini majlis telah dibuat di Hotel Putra, Kuala Lumpur pada 21 Oktober 2011. Ana alhamdulillah dapat hadir tahun ini. Biasanya kalau buat di hotel ana tak hadir sebab jauh dan dibuat waktu malam. Kali ini buat waktu siang pukul 3 pm. Kira masa itu oklah dan ana dapat datang. Cikgu sekolah ana hadir lepas solat Jumaat walaupuntak semua. Alhamdulillah sempat sebab jalan ok. Mudah-mudahan yang bergraduasi sempat juga solat Jumaat. Jangan pulak sebab nak bergraduasi solat Jumaat tak buat. Mudah-mudahan tidak. Sebelum majlis, ana sempat juga tolong baiki teks ucapan pengacara supaya sesuai dengan perjalanan majlis. Biasalah. Mesti ada pantun baru. Ana buat dua rangkap pantun tapi yang dibaca hanya serangkat saja. Oklah. Ana akan muatkan gambar untuk tatapan smkalian.

Friday, September 30, 2011

Fokus Akhir Tahun Sejarah Tingkatan 4: SMKAKL

Kertas 1: 40 soalan semua bab ada soalan
Kertas 2: Struktur bab 5/ bab 6/ bab 9/ bab 10
                Esei bab 2/ bab 5/ bab 8/ bab 9/ bab 10-Kesan

Tips: tidak ada soalan ulangan dari mana-mana ujian bulanan/pertengahan. Hanya 1 soalan berulang atas sebab-sebab penting dan dimurnikan. Rumusan: Sila baca bab 5, 9 dan 10 dengan teliti. Sila buat analisis kendiri soalan bulanan/pertengahan.

Topik tingkatan 4 yang dah keluar dalam SPM 2010 dan SPM 2009 juga tak ditanya.

Wednesday, September 21, 2011

Majlis Berbuka Puasa & Solat Hajat PMR/SPM


Sedia untuk mendaftar

Bulan Puasa yang lalu, sekolah ana telah mengadakan berbuka puasa dan solat hajat PMR/SPM. Kebetulan pada masa tu ana satu family turut hadir tapi ana datang lewat. Dah masuk maghrib baru ana sampai. Lepas solat dan makan, ana terus minta diri sebab ana nak balik kampung di Ayer Hitam. Keadaan hujan pada waktu petang menambahkan lagi semangat ibu bapa dan pelajar untuk sama-sama hadir bagi meriahkan majlis. Segala usaha, pengorbanan, keikhlasan dan bimbingan sudah tentu akan mengharapkan kejayaan. Tidak mustahil dengan usaha tersebut, pelajar PMR dan SPM 2011 akan mencatatkan 100% straight A. Kalau benar bagai dikata, siapa yang akan berasa bangga kalau bukan ibu bapa. Sudah tentu sekolah ana akan jadi sebutan merata-rata. Kalau ditakdirkan Allah sebaliknya, juga akan jadi sebutan ke? InsyaAllah, kejayaan dalam genggaman anda. Orang yang berusaha tanpa jemu pasti mendapat kejayaan.@ Zaman ana dulu ambil SRP dapat pangkat A. Agregat.....?

 
Sedang kira untung ke tu?

Nak balik ke tak ni?
Hujan tapi tetap semangat
Tak sangka penyanyi pun ada..

Nasihat wakil ibu bapa
Bacaan Yassin
Makan ditempat VIP. Best bangat.
 

   

Tuesday, September 20, 2011

Intipati ucapan Dr Hj Zahri bin Aziz Timbalan Ketua Pengarah (KPM) sempena Majlis Iftar




Ucapan yang menaikkan semangat pendengar

Berikut adalah antara intipati ucapan yang sempat ana catat untuk tatapan minda bestari:
1. Memastikan clock tower sekolah sentiasa berfungsi seperti sekolah ana.
2. Pelajar SMKA mempunyai kelebihan untuk menguasai bahasa lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Urdu dan Bahasa Thai.
3. Berusaha berterusan meningkatkan kualiti pendidikan seperti dalam FPK.
4. Standard SQPM adalah untuk melahirkan pelajar cemerlang pelbagai bidang.
5. Berbangga dengan pelajar SMKAKL yang mampu menjadi imam terawih dan menepati motto sekolah.

Sumbangan ikhlas
 6. Jika berlaku masalah seperti lewat bangun hari Sabtu, kerusi meja berselerak, ada tulisan, sampah bersepah adalah tanda P&P belum berkesan.
7. Menggalakkan penyertaan pelajar dalam pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta petrosains.
8. Digalakkan mencari ilmu dalam al-Quran seperti ilmu Sains dan Matematik.
9. Menggalakkan sekolah menjadi sekolah berprestasi tinggi untuk menaikkan martabat sekolah agama.
10. Pentadbir dan guru sebagai faktor yang signifikan terhadap kecemerlangan pelajar. Wallah hualam.

Selesai Majlis

Friday, August 26, 2011

Intipati Ucapan Yang Berbahagia Tn Hj Wahid Setia


Ucapan Tn Hj Wahid Setia, Timbalan Pengarah, Pengurusan Instituti Pendidikan Agama, BPI di sekolah ana baru-baru ini sempat ana catatkan pada sehelai kertas. Catatan itu ana rasa perlulah dikongsikan bersama kepada semua guru dan pelajar. Sekiranya ada kesilapan, itu adalah datangnya dari ana. Antara rumusan ucapan:
1. Menitikberatkan setiap guru kepada pengajaran yang berkesan.
2. Berusaha untuk memperkasakan sekolah SMKA/SABK
3. Meningkatkan sekolah SMKA agar mencapai sekolah berprestasi tinggi
4. Melakukan setiap operasi dengan cara mengikut peraturan yang ditetapkan
5. Memfokuskan terhadap pencapaian SPM dengan membuat tindakan susulan selepas percubaan
6. Menggunakan kaedah pengajaran berdasarkan langkah-langkah pengajaran seperti yang dipelajari di maktab.
7. Guru hendaklah mempunyai kesediaan untuk mengajar.
8. Beri pujian/ rai kejayaan dalam pelbagai aspek
9. Pengajaran juga perlulah dinilai oleh rakan sekerja
10. Membuat kajian tindakan
11. Jadikan pengikut yang baik dan beri teguran
12. Mengadakan program ziarah ke rumah-rumah
13. Memperbanyakkan muhasabah
14. Tingkatkan perbendaharaan Bahasa Arab pelajar seperti beri nota atau kamus
15. Galakkan study group
16. Berkongsi misi/ shared vision

Wallah huallam.  

Thursday, August 18, 2011

Tajuk 4: PERISTIWA PENTING DI SEKOLAH

Saya telah memilih empat peristiwa penting yang berlaku di sekolah iaitu...............................

1. (Namakan peristiwa 1)
- ceritakan secara terperinci
- peristiwa sebelum, semasa, selepas
- Nyatakan iktibar atau kesan terhadap diri pelajar

2. (Namakan peristiwa 2)
- ceritakan secara terperinci
- peristiwa sebelum, semasa, selepas
- Nyatakan iktibar atau kesan terhadap diri pelajar

3. (Namakan peristiwa 3)
- ceritakan secara terperinci
- peristiwa sebelum, semasa, selepas
- Nyatakan iktibar atau kesan terhadap diri pelajar

4. (Namakan peristiwa 4)
- ceritakan secara terperinci
- peristiwa sebelum, semasa, selepas
- Nyatakan iktibar atau kesan terhadap diri pelajar

Tajuk 3: 4 TOKOH PELAJAR

Dalam kajian ini, saya telah memilih 4 tokoh pelajar sekolah berdasarkan majalah Al-Isra antara tahun 2007 hingga 2010. Empat tokoh yang dimaksudkan ialah ............................................

1. (Nama tokoh 1)
BIODATA (tulis dalam bentuk esei)
Tokoh ini dilahirkan ........................ dan sebagainya...

SIFAT ISTIMEWA
Beliau mempunyai sifat istimewa iaitu.................................

SUMBANGAN TOKOH
Antara sumbangan tokoh ialah.......................

 (kemudian tulis maklumat tokoh 2,3 dan 4 seperti di atas)

Tajuk 2: PRESTASI DAN KEJAYAAN KO-KURIKULUM

Dalam kajian ini, saya telah memilih empat persatuan iaitu ________________________

1. KADET POLIS (contoh)
KEGIATAN YANG DILAKUKAN
Kadet Polis adalah badan beruniform yang aktif di SMKAKL. Pada tahun 2011, terdapat ______ kegiatan yang telah dilaksanakan. Aktiviti utama ialah Kawad kaki. Kawad kaki sering dilakukan pada............... Tujuan adalah untuk ....................

Selain itu, aktiviti lain ialah................(ceritakan beberapa aktiviti lagi) 

PELAJAR AKTIF
Menurut guru penasihat, antara pelajar aktif ialah ................................... Ini kerana ......................Selain itu turut .................................(jawatan/ pencapaian)

(Tulis 3 lagi kelab/persatuan yang dipilih seperti contoh di atas)

Cara Menulis Hasil Kajian KST Tingkatan 2: TAJUK 1

PRESTASI DAN KEJAYAAN DALAM PMR DAN SPM

1. PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2008-2010
Dalam kajian ini, saya akan menganalis secara perbandingan PMR antara tahun 2008 hingga 2010.
Pada tahun 2008, secara keseluruhan gred purata sekolah ialah ___________ dengan ______ % pelajar lulus semua mata pelajaran. Pada tahun 2009,............................ Pada tahun 2010 pula..........................
Perbandingan gred purata menunjukkan terdapat _____________ sebanyak __________ %.

Dari segi mata pelajaran pula, untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, pencapaian adalah ..........................(gunakan perenggan atas sebagai contoh untuk analisis setiap mata pelajaran. Tulis 4 atau 5 mata pelajaran sahaja.)

Seramai ............... pelajar telah mendapat 9A pada tahun 2008. Antara pelajar cemerlang yang mendapat 9A pada tahun 2008 ialah...........................
Pelajar cemerlang 2009 pula ialah ......................................
Pada tahun 2010 pula................ 
Berdasarkan jumlah pelajar cemerlang, terdapat ................... pelajar yang mendapat 9A.

(jika ada pelajar cemerlang peringkat negeri, boleh nyatakan. Boleh juga masukkan rajah/ graf)

2. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2008-2010
- tulis seperti PMR


Langkah Menulis KST Tingkatan 2: Untuk SMK Agama KL

TARIKH HANTAR MINGGU PERTAMA SELEPAS CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2012. MARKAH DIPOTONG JIKA LEWAT HANTAR. 
Sila susun mengikut urutan seperti berikut:

1. Kulit depan / cover. Pastikan ada:
- Nama sekolah
- Tajuk kajian yang dipilih
- Nama penuh/ kelas
- Nama penuh guru
- Tarikh hantar
- Ruangan markah:

2. ELEMEN SUMBER- 3 markah (3 sumber + dialog)
- semua bahan yang telah dibuat salinan/fotokopi
seperti majalah/ sijil/ analisa peperiksaaan PMR/SPM, Laporan akhbar/ laporan kelab, persatuan, badan beruniform/ gambar-gambar. Sekurang-kurangnya 3 sumber
- Satu RUMUSAN DIALOG mengikut tajuk. WAJIB DIBUAT.

3. ELEMEN KAJIAN- IKUT SUSUNAN
-Bermula dengan tajuk kajian - tulis dalam satu mukasurat
- Diikuti senarai kandungan- mesti ada 9 item
- kemudian penghargaan
- kemudian Objektif
- kemudian Kaedah
- Kemudian Hasil Kajian- 4 markah
- Rumusan
- Lampiran
- Rujukan

(Bacaan tambahan lihat post pada bulan Mac dan popular post cara menulis kst sejarah)

Friday, August 5, 2011

Lawatan ke Perak

Pada 29 Julai hingga 31 Julai yang lepas ana dan 34 pelajar smkakl serta dua orang guru lain telah berjaya membuat lawatan sambil belajar sekitar negeri Perak. Walaupun berjaya, tetapi dalam hati ana tetap ana katakan terdapat cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi sama ada sebelum, semasa dan selepas lawatan. Namun ana rasa bersyukur kerana pelajar ana gembira sepanjang lawatan tersebut walaupun penat bangat. 

Lokasi yang dilawati ialah Muzium Arkeologi Lenggong, KT Kraf Labu Sayong, Lembah Kuala Kangsar, Masjid Ubudiah, Memorial Sultan Azalan Shah, Taman Herba Negeri Perak dan Kellie Castle. Selain itu terdapat dua perkampungan yang dilawati iaitu Kampung Assam, Taiping dan Kampung Guar, Manong. Di kampung Assam adalah tempat kami menginap selama dua hari dan disitu juga kami sempat bergotong-royong membersihkan kawasan rumah. Aktiviti gotong-royong adalah salah satu aktiviti yang terkandung dalam tentatif program tersebut. Laporan terperinci lawatan akan disediakan sedikit masa lagi kerana ana sudah menetapkan setiap kumpulan tugasan masing-masing. Ana paparkan sedikit gambar peribadi yang sempat diambil sepanjang lawatan.   





 

Ujian bulanan tingkatan 4

Format soalan seperti berikut:
1. Terdapat 20 soalan objektif merangkumi bab 1 hingga bab 8
2.  Terdapat dua soalan struktur:
Struktur 1: Sumbangan Khulafa ar-rasyidin atau Bani Umaiyah atau Bani Abbasiyah (salah satu. Fikirkan)
3. Untuk Struktur 2, dan dua soalan esei, sila baca faktor penyebaran Islam di Asia Tenggara dan kesan/pengaruh Islam di Asia Tenggara dan Malaysia. Beberapa aspek faktor dan pengaruh akan ditanya. Fikirkan...
4. Terdapat soalan KBKK setiap soalan struktur dan esei. Kena jawab sebab anda BIJAK.
5. Teori kedatangan Islam hanya keluar dalam objektif sahaja.

ITU AJA. Syoknya sejarah...   

Monday, July 25, 2011

Cara menulis KST Ting 1: Perkembangan diri dan keluarga

1. Dapatkan maklumat iaitu:
- tempat dan tarikh lahir diri dan ahli-ahli keluarga
- tempat asal ahli keluarga seperti ibu bapa
- tempat tinggal sekarang
- tempat-tempat lain yang pernah ahli keluarga menetap; contoh jika anak tentera banyak tempat menetap.
- dapatkan maklumat pendidikan setiap ahli keluarga
- pekerjaan ahli keluarga
- Nyatakan secara umum peristiwa penting ahli keluarga. (tidak perlu lengkap seperti tajuk pilihan 1)
- Buatkan satu dialog dengan ibu atau bapa tentang perkembangan diri ahli keluarga seperti bertanya asal usul, kampung ibu bapa, kemajuan pendidikan, kerjaya dan peristiwa penting dalam keluarga.
- Wajib buat dalam cuti.

2. Menulis dalam bentuk esei dan buat sub tajuk:

Tarikh kelahiran keluarga
Keluarga saya terdiri daripada 10 orang adik beradik. Ayah saya lahir pada 7 Julai 1965 di Paya Trubong, Melaka. Ibu saya pula........ Kakak saya yang sulong pula.......... (tulis sampai habis tarikh lahir keluarga)


Tempat asal ahli keluarga
Berdasarkan temubual saya dengan ayah, keturunan ayah adalah berbangsa Bugis dan berasal dari Riau Sumatera. Datuk sebelah ayah telah datang ke Tanah Melayu pada tahun ........ Datuk sebelah ayah telah menetap di Kampung Trong, Perak sehinggalah meninggal dunia pada tahun ...... Keturunan ibu saya pula berasal daripada Jawa Tengah. Datuk ibu saya bernama telah datang ke Parit Semarang pada tahun .........
Mereka telah membuka kampung di Parit Semarang.

Tempat tinggal
Keluarga saya mempunyai sejarah tempat tinggal. Saya kini tinggal di............... Sebelum itu keluarga saya di ............. kerana.......... Saya tinggal di situ selama ......................Saya juga pernah tinggal di ........... selama ...........tahun. Ini disebabkan.................

Pendidikan
Ceritakan sejarah pendidikan......

Pekerjaan
Ceritakan sejarah pekerjaan

Peristiwa Penting
Ceritakan secara ringkas peristiwa-peristiwa penting 

Contoh menulis KST Ting 1 Tajuk 2: Tokoh dalam keluarga

1. Tentukan 4 Tokoh seperti ibu/ bapa/ bapa saudara/ kakak dan lain-lain 
2. Selepas dapat maklumat, tuliskan dalam bentuk esei kejayaan setiap tokoh:
3. Cara menulis esei:

Tokoh 1: Humaidi bin Hazli

Encik Humaidi merupakan tokoh dalam keluarga saya. Beliau dilahirkan di Pantai Remis, Perak pada tahun 1968. Beliau mendapat pendidikan awal di................ sehingga darjah enam. Kemudian beliau menyambutkan pelajaran di sekolah menengah ............ sehingga tingkatan 5. Selepas mendapat SPM dengan pangkat 1, beliau ditawarkan memasuki tingkatan enam di ..................

Seterusnya beliau memasuki maktab perguruan....
kemudian menyambung pelajaran di ........ dalam bidang...........(ceritakan pendidikan hingga masa kini)

Dari segi pekerjaan, beliau telah bekerja beberapa jenis pekerjaan. Antara pekerjaan awal ialah bekerja kilang ............... di ................. Kemudian bekerja pula di ................ selama 3 tahun. Selepas beliau memasuki bidang pendidikan hinggalah kini bertugas di ....................Kini beliau menjadi guru selama ........... tahun. 

Antara jasa dan kebajikan beliau..................

Antara anugerah yang dicapai oleh beliau ialah pernah mendapat anugerah pelajar harapan di ................ kemudian mendapat anugerah dekan selama ............ kali berturut-turut. Dalam konvokesyen, beliau mendapat dua anegerah iaitu......................... dan .................. Dalam bidang pendidikan beliau pernah mendapat ....... kali anugerah perkhidmatan cemerlang iaitu pada tahun....... beliau pernah menjadi pelajar terbaik.......................

Antara sifat beliau.................
Tulis pula tokoh yang kedua, ketiga dan keempat seperti contoh pertama.

Maklumat Tambahan KST Tingkatan 1: Cara menulis 4 peristiwa penting

Cara menulis:
1. Tentukan 4 peristiwa
2. Tulis dengan lengkap peristiwa yang dipilih.
3. Tulis dalam esei
3. Dilarang tulis dalam bentuk point/ rajah/ short form.

Contoh:
Peristiwa Perkahwinan Ibu Bapa
Ayah dan ibu saya telah bernikah pada (tarikh) di (tempat). Seramai 3 buah kereta telah pergi ke majlis pernikahan tersebut. Pada keesokan harinya, majlis persandingan telah diadakan di rumah pengantin perempuan (rumah mak saya ) di Parit Semarang. Ayah saya telah diarak dengan paluan kompang. Kemudian ayah saya perlu membayar "tol" sebelum bersanding. Terdapat dua 'tol' yang perlu dibayar oleh pengapit ayah saya.....................(ceritakan lagi peristiwa perkahwinan itu. Satu helai hingga sehelai setengah).

Tulis pula peristiwa dua, tiga dan empat secara detail.

Saturday, July 23, 2011

Untuk Form 1 SMKAKL Sahaja

Langkah-langkah siapkan Kajian Sejarah Tempatan sehingga 15 Ogos.
Bahagian A
1. Kumpulkan sumber/ bahan

Bahagain B
1. Siapkan hasil kajian ikut tajuk yang telah dipilih. Lihat contoh menulis yang terbaru.
2. Siapkan juga maklumat lain seperti yang telah dibincangkan dalam kelas:
      Tajuk/ senarai kandungan/ penghargaan/ objektif/ kaedah kajian/ Hasil Kajian / lampiran/ rumusan/ dan rujukan/
Jika lupa lihat senarai arkib dalam blog ini.

Bahagian C
1. Siapkan kulit depan

Susunkan ikut bahagian C, A dan B. Kemudian binding dan hantar.

Pemberatan markah:
Penuh: 10 markah
Bahagian A:                  3 markah
Bahagian Hasil Kajian: 4 markah
Lain-lain maklumat:        3 markah

Wednesday, July 20, 2011

NKRA....apa tu?

Sistem pendidikan di negara ana berubah lagi. Kali ini cara pengisian pemarkahan pelajar. Sebelum tu dah ada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan mula dilaksanakan pada tahun ini. Anak ana dalam darjah satu adalah printis. Baru-baruni pula di sekolah ana ada taklimat tentang pengisian markah secara online yang boleh buat di mana-mana asalkan ada capaian internet. Bagi ana, itu satu perubahan dalam pelaksanaan sistem pemarkahan terkini. Sebelum ni masa zaman ana bersekolah, semuanya manual. Kini tak lagi semuanya berubah. Ada sisteks, emateks, saps, dan nanti akan muncul Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Ana sebagai pengamal kurikulum, ana perlu ikut perkembangan tu walaupun ana kini dah masuk alam tua. Tua mateng dan bingkas. Kalau dah tua boleh bingkas, yang muda kenalah tangkas dan janganlah bungkes ya.

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Ana tak pasti perlaksanaan KSSR menyeluruh di seluruh negara berjalan OK. Sebab itu pun kena online juga. Sebab anak ana masih dapat report card macam dulu-dulu. Mungkin belum bersediakut. Tapi cikgu sekolah ana tak bungkam dengar taklimat. Semuanya tak sabar nak buat saps. Kerana mudah dan senang buat pemantauan. Kalau macam tu, baguslah..sebab bekerja cara ana ni macam busy bangat. Tapi, kadang-kala ana teringatkan kawan ana yang bekerja macam ana dikawasan pedalaman...INTERNET??? Ada broadband kut..


Baru 10 minit Yob, dah gugur 'hair'
Ok..Cam takda masalah yo..
Tak percaya...betulke sampai beruban?

Lirikan manja...huhu..macam pernah dengar..

Sopan mendengar

Pantang nampak kamera..hehe
Serupa tapi tak sama
Tak serupa dan tak sama

Ehh...Tengok apa tu?


Guru Oh Guru, Cikgu Oh Cikgu...
 

  

Rekod larian tercipta...


Larian piramid

Ana tumpang gembira kerana sekolah ana terlibat langsung untuk larian 1 pelajar 1 sukan. Hari itu saja hampir 4 juta pelajar lari serentak seluruh negara. Pecah rekod Malaysia. Tapi tidaklah lari untuk rebut hadiah. Cuma jogging aja. Jalanpun tak apa. Tapi ana taklah ikut lari sama sebab ana kena jaga pelajar ana di jalanraya. Biasalah, pelajar ana ni baik-baik belaka. Macam-macam cara laripun ada. Semua happy bangat. Pegawai PPD pun datang untuk jadi saksi. Sebab banyak syarat perlu dipatuhi untuk larian tu. Ana lepas larian, ternampak satu restoran. Ana apa lagi singgah. Ana ingat ana seorang, rupanya dah ramai orang. Gembira juga ana dengan larian tu. Lepas larian, di dewan sekolah ana ada penyampaian hadiah karnival sukan pulak. Ana dulupun jaguh dalam merentas desa dan pernah wakil sekolah ke peringkat daerah je...Menang???

Larian berani
Larian poco-poco

Larian puteri pagi
Larian kanggaru
Larian kawad Jerman

Larian bersin..ops bukan..larian berirama sedansa
Larian nak tidur
Larian selepas lari....ngete..
 Tahniah. Tahun depan cipta lagi keunikan larian yang berseni....Ana teringin nak berlari dalam swimming pool.

Tuesday, July 19, 2011

Student from Indonesia

Bapak rehat sebentar, mungkin keselan.
Hari ini (17 Julai) sekolah ana dikejutkan dengan kedatangan pelajar Indonesia. Lebih kurang 30 pelajar antara 15 hinggalah 17 tahun. Kedatangan pelajar Indonesia adalah kali pertama sepanjang ana berkhidmat di sekolah ana. Sebelum tu melibatkan guru-guru dari kepulauan Sumatera pernah datang ke sekolah ana. Ana tumpang bangga. Kedatangan pelajar Indonesia dilayan dengan penuh mesra oleh MPP sekolah ana. Setidak-tidak pengalaman MPP dapat menggalakkan budaya berkomunikasi yang baik antara dua negara. Sebelumni pun MPP pernah buat bench mark di Sabah. Kalau staff dan pelajar Indonesia pernah melawat sekolah ana, bila pula guru dan pelajar sekolah ana nak buat bench mark di Indonesia? Seronok juga melawat tempat orang lagipun yang paling best, ana baru sekali naik belon seumur hidup...Lepas ni bila pula???
Disambut oleh pelajar dengan senyuman

Sedang menuju ke Kantor sekolah

Terima info dari pengawas

Sempat juga bergambar untuk kenangan sekolah ana


Melawat pusat sumber

Terima kasih bangat melawat pusat sumber   


Melawat kelas sambil berposing

Mudah-mudahan difahami infonya

Terima kasih. Jangan serik. Datang lagi. Sekolah ana mengalu-alukan kedatangan anda.