Saturday, October 29, 2011

Soalan SPM Latihan 2011

1. Nabi Muhammad s.a.w telah menyusun pelbagai strategi dan menghadapi beberapa siri
peperangan untuk menyebarkan Islam ketika mengetuai Kerajaan Islam Madinah.
(a) Namakan dua kerajaan yang Nabi Muhammad s.a.w. telah menghantar perutusan untuk sebarkan Islam.   
(b) Namakan dua peperangan yang telah berlaku antara orang Quraisy Makkah dengan orang Islam Madinah.
(c) Nyatakan tiga prinsip peperangan dalam Islam.
(d) Orientalis Barat menyatakan Islam tersebar melalui peperangan. Beri tiga pendapat anda untuk menolak hujah tersebut.

2. Kemunculan kerajaan Islam seperti Kerajaan Bani Abbasiyah dan Kerajaan Turki Uthmaniyah telah membawa kepada pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia.
(a) Nyatakan dua cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain.
(b) Nyatakan tiga kesan pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun lain.
(c) Senaraikan tiga tokoh ilmuan Islam yang lahir ketika zaman kemuncak Islam
(d) Apakah dua kepentingan tamadun Islam terhadap negara Malaysia?

3. Zaman Pertengahan telah berlaku di Eropah selepas kejatuhan tamadun Rom.
(a) Nyatakan satu peringkat Zaman Pertengahan.
(b) Senaraikan empat ciri Zaman Pertengahan peringkat awal.
(c) Nyatakan tiga persamaan sistem feudal di Eropah dengan masyarakat Melayu tradisional.
(d) Nyatakan dua iktibar Zaman Gelap kepada masyarakat negara kita hari ini.

4. Kepesatan pembangunan sektor pertanian dan perlombongan telah mendorong pihak British
membawa masuk tenaga buruh dari luar .
(a) Nyatakan tiga sebab kedatangan buruh luar.  
(b) Senaraikan tiga cara kemasukan buruh luar.
(c) Nyatakan dua kesan terhadap buruh yang berpunca daripada cara kemasukan buruh.
(d) Pada pendapat anda, mengapakah masih berlaku kemasukan buruh luar pada masa kini?

No comments:

Post a Comment