Thursday, March 24, 2011

Pengerusi Kelab SPBT mencipta sejarah

Kejayaan Muhammad Tawfiq yang menjadi calon tunggal mendapat 11A dalam SPM baru-baru ini menjadi penyelamat kepada SMKAKL. Apa yang membanggakan, Muhammad Tawfiq juga adalah bekas Pengerusi Kelab SPBT yang banyak berjasa kepada kelab. Banyak faktor yang telah membuat saudara Tawfiq berjaya dalam SPM. Tawfiq begitu bijak menguruskan masa kerana beliau bukan sahaja pengerusi SPBT tetapi merupakan pengerusi koperasi SMKAKL.

Beliau begitu aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh SMKAKL seperti menjadi naqib yang mementingkan kebajikan ahli usrahnya. Beliau banyak membantu pelajar junior dalam mata pelajaran yang tidak difahami. Beliau juga mempunyai sifat yang ramah terhadap semua orang terutamanya guru-gurunya. Sepanjang beliau menjadi pengerusi SPBT selama 2 tahun, terdapat beberapa anugerah yang diterima seperti  Johan Papan Kenyataan Terbaik (2009) & Kelab Paling Aktif (2010). Sebagai Naib Pengerusi SPBT 2011, saya mengucapkan tahniah kerana mencapai keputusan yang amat membanggakan dalam SPM.

INGAT SMKAKL INGAT BOSS.    

Pencerna Minda
IMAN FIRDAUS melalui kebenaran blogger.

Segala kejayaan memerlukan susah payah dalam kehidupan



Kejayaan boleh dicapai melalui doa, usaha, dan tawakal yang berterusan
Sokongan rakan-rakan, ibu bapa dan guru-guru asas kejayaan

Akhirnya kejayaan digapai tanpa lupa siapakah kita....TAHNIAH.

No comments:

Post a Comment