Sunday, March 27, 2011

Tajuk Folio Sejarah T2 (2012)

1. Tugasan secara individu dan perlu disiapkan antara bulan Mac hingga Jun 2012.
2. Pemberatan 10 markah Peperiksaan Akhir Tahun
 2. Folio Sejarah Tingkatan 1 dan 2 yang terbaik akan menerima hadiah RM sumbangan Panitia Sejarah.

Pilih salah satu tajuk berikut:
Tajuk 1: Prestasi dan Kejayaan Akademik Dalam PMR dan SPM
  1. Dapatkan maklumat tentang prestasi akademik PMR dan SPM untuk beberapa tahun kebelakang. contoh antara tahun 2007 - 2010. 
  2. Daripada prestasi akademik tersebut, pelajar perlu membuat analisis pencapaian akademik.
  3. Pelajar bebas untuk membuat analisis dengan cara masing-masing.
  4. Masukkan sedikit/ secara umum tokoh pelajar yang cemerlang dalam PMR dan SPM dalam tahun yang dikaji.
  5. Buatkan satu RUMUSAN dialog dengan mana-mana orang sumber yang berkaitan dengan peperiksaan seperti Pelajar Terbaik PMR atau SPM. BUKAN BUAT DIALOG.
Apakah sumber yang boleh diperolehi:
  • Majalah sekolah tahun kebelakangan
  • Sijil-sijil pelajar cemerlang
  • Laporan panitia mata pelajaran
  • Orang sumber/ temuramah
  • Akhbar / majalah
  • Dan lain-lain sumber
Tajuk 2. Prestasi dan Kejayaan Kokurikulum
  1. Dapatkan jenis-jenis persatuan/ kelab/ uniform/ sukan  yang ditubuhkan di sekolah.
  2. Kemudian, huraikan mana-mana 4; contoh Kelab SPBT, Puteri Islam, Sukan Bola Sepak dan Kadet Polis @ mana-mana pilihan pelajar.
  3. Jelaskan kegiatan-kegiatan yang dilakukan 
  4. Namakan/ huraikan setiap pelajar yang aktif dalam persatuan/ kelab/ uniform/ sukan yg dipilih, seperti:
    1. Jawatan yang disandang
    2. Kejayaan di peringkat sekolah/ zon/ negeri/ kebangsaan
  5. Buatkan satu RUMUSAN dialog dengan orang sumber mana-mana persatuan/ kelab/ uniform/ sukan yang dipilih seperti pelajar atau guru yang berkenaan.  INGAT.. BUKAN BUAT DIALOG.
 Apakah sumber yang boleh diperolehi:
  • Majalah sekolah
  • Laporan kelab/ persatuan
  • Sijil
  • Gambar
  • Buku program
  • Akhbar/ majalah
  • Orang sumber/ temuramah
  • dll yang berkaitan
Tajuk 3: Tokoh-tokoh Bekas Pelajar
  1. Dapatkan  4 tokoh pelajar (sesiapa sahaja pelajar sekurang-kurangnya lepasan SPM 2010)
  2. Dapatkan biodata setiap tokoh
  3. Dapatkan juga sifat-sifat istimewa
  4. Nyatakan sumbangan setiap tokoh seperti aktif dalam politik, NGO, ekonomi, kebajikan dll.
  5. Sumbangan semasa di peringkat seperti sekolah/ zon / negeri / kebangsaan / negara / antarabangsa
  6. Buatkan satu RUMUSAN dialog dengan mana-mana tokoh pelajar yang dipilih. INGAT..BUKAN BUAT DIALOG.
Apakah sumber yang boleh diperolehi:
  • Majalah Al-Isra tahun-tahun kebelakangan
  • Sijil-sijil tokoh
  • Orang sumber/ temuramah
  • Gambar tokoh
  • Dokumen rasmi / lain-lain berkaitan
Tajuk 4: Peristiwa-peristiwa Bersejarah Di Sekolah
  1. Dapatkan 4 peristiwa yang dianggap bersejarah yang berlaku di sekolah.
  2. Contoh peristiwa bersejarah:
    1. Sejarah perasmian sekolah
    2. Hari Terbuka Sekolah
    3. Hari Anugerah Cemerlang
    4. Hari Sukan
    5. Majlis Graduasi
    6. dan lain-lain
  3.  Nyatakan kesan atau kepentingan setiap peristiwa tersebut terhadap diri / sekolah / masyarakat. 
  4. Buatkan satu RUMUSAN dialog dengan mana-mana orang sumber yang terlibat dalam peristiwa tersebut. INGAT..BUKAN BUAT DIALOG.
Apakah sumber yang boleh diperolehi:
  • Majalah Al-Isra
  • Buku program
  • Orang sumber yang terlibat (seperti penerima hadiah/ guru) temuramah
  • Laporan Tahunan
  • Gambar
  • Lain-lain sumber yang berkaitan
 Jika ada masalah, boleh berjumpa dengan guru matapelajaran sejarah anda. 

36 comments:

  1. yang tokoh pelajar tu kene plajar smakl je ke atau skolah laen pun bley??

    ReplyDelete
  2. tokoh pelajar smkakl atau bekas pelajar smkakl. sekolah lain tak boleh.

    ReplyDelete
  3. klau gambar2 semasa peristiwa dia LAMPIRAN atau RUJUKAN ?

    ReplyDelete
  4. antara peristiwa selain peristiwa kat atas tu apa dia, cikgu? kalau peristiwa maulid Nabi yg diadakan kat sekolah, boleh tak?

    ReplyDelete
  5. kalau gambar semasa boleh dijadikan sumber dan kalau banyak boleh dibuatkan lampiran. Bila dah dijadikan sumber tentu boleh dijadikan rujukan.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. cikgu , dialog tu utk HASIL KAJIAN atau SUMBER ? untuk tajuk 4 .

    ReplyDelete
  9. cikgu, kalau cerita psal sejarah kumpulan basyid utk tajuk 4 bleh x

    ReplyDelete
  10. cikgu kalau prestasi akademik, buat analisis dalm gred purata mata pelajaran boleh tak ?

    ReplyDelete
  11. Boleh. Cikgu faham. Tapi buatlah huraian sikit tentang pencapaian.

    ReplyDelete
  12. azmara, kumpulan nasyid smkakl boleh.

    ReplyDelete
  13. ely, dialog adalah sumber kajian. Daripada dialog itu nanti jadikan sebagai hasil kajian yang dialog itu perlu dihuraikan.

    ReplyDelete
  14. pricesasara, buku program biasanya kalau ada masjlis seperti hari anugerah cemerlang tentu ada buku program. dalam buku proram ada ahli jawatankuasa, tentatif proram dll.

    ReplyDelete
  15. maksudnya , tempatkan dialog di bahagian SUMBER KAJIAN . dialog ni just sbgai sumber utk HASIL KAJIAN la ? terima kasih cikgu .

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Cikgu, pencapiain nak hurai ikut tahun ke keseluruhan?
    GPS nak letak dekat dapatan kajian kan...Tokoh pelajar nak seorng je kan.....

    ReplyDelete
  18. nabihah, digalakaan tulis dalam ayat. Contoh, Pada tahun 2010, keputusan PMR menunjukkan pencapaian lulus 100 peratus dengan gred purata keseluruhan ... Dari segi mata pelajaran, gred purata bagi sejarah ialah 1.16..

    Tokoh pelajar seorang OK.

    ReplyDelete
  19. cikgu, mengenai dialog tu, kita buat dialog dgn sumber dan letak pd bahagian HASIL KAJIAN dan pd bahagian sumber dia kita tulislah yg kita ada gunakan dialog sbgai salah satu sumber kita. macam tu ke, cikgu?

    ReplyDelete
  20. pensyarah: Dialog adalah sumber kajian (ing 1 dan 2). Kemudian daripada dialog, masukkan maklumat yang diperolehi dari dialog tu dalam hasil kajian pada bahagian yang tertentu. Kemudian dialog juga boleh dimasukkan dalam Kaedah iaitu kaedah Temuramah: dapatkan nama penuh, umur dan alamat. Kemudian daripada maklumat orang yang ditemuramah boleh dimasukkan bahagian rujukan.

    ReplyDelete
  21. Cikgu, ape lampiran yg boleh dimuatkan dalam prestasi dan kkjayaan akademik tu ye ?

    ReplyDelete
  22. nabihah: apa2 gambar pelajar cemerlang,senarai pelajar cemerlang, graf.

    ReplyDelete
  23. oh, begitu. terima kasih, cikgu.

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. adakah kesemua tajuk folio ini untuk pelajar tingkatan 2 tahun 2012 ?

    ReplyDelete
  26. salam cikgu...kalau aturcara majlis, dimasukkan ke dalam sumber atau lampiran?

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum cikgu.saya buat peristiwa penting.kalau kaedah kajian saya buat kaedah melawat tempat kajian boleh ke??
    -harap cikgu segera jawab-

    ReplyDelete
  28. salam cikgu...bagaimana nak buat kesan peristiwa.. adakah keempat-empat dibuat dalam satu kertas ataupun satu kesan satu muka surat?
    ~harap balas..TQ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap peristiwa mesti ada kesan spt yg tercatat pada arahan soalan.

      Delete