2. Markah 10% akan dimasukkan pada akhir tahun.
3. Anda dikehendaki mengumpul bahan/sumber sepanjang cuti.
4. Sila bawa sumber untuk disemak apabila sekolah dibuka.
4. Penulisan folio akan dilakukan selepas ujian bulanan.
PILIH SALAH SATU TAJUK
Pilihan Tajuk 1: Empat peristiwa penting /bersejarah dalam keluarga
Contoh:
-hari perkahwinan/ ulang tahun
- berpindah ke tempat lain
- Melancong/ lawatan
- banjir
- kematian
- majlis konvokesyen ibu bapa/ saudara
- dan lain-lain.
Apakah sumber yang boleh dicari?
- Dapatkan gambar peristiwa yang berkaitan seperti gambar perkahwinan ibu bapa dan lain-lain gambar
- sijil kelahiran, kad pengenalan, (photostat0
- akhbar (jika peristiwa keluarga ada dimuatkan dalam akhbar)
- majalah (jika ada),
- Rakaman video
- dan lain-lain yang berkaitan
buat satu dialog dalam cuti)
- Contoh, Jika pelajar buat ulangtahun perkahwinan ibu bapa, pelajar boleh tanya ibu bapa tentang
sejarah perkahwinan mereka. Dan hasilkan dalam bentuk dialog.
Pilihan Tajuk 2: Tokoh-tokoh dalam keluarga
- Cari maklumat untuk 4 tokoh dalam keluarga
- seperti ibu, bapa, kakak, abang, saudara mara
- Pelajar dapatkan maklumat seperti kejayaan setiap tokoh:
-seperti pendidikan tokoh
- pekerjaan tokoh
- apakah jasa dan kebajikan yang dibuat oleh tokoh
- adakah tokoh mendapat apa-apa anugerah/ pingat/ gelaran dari kerajaan
- dapatkan juga sifat-sifat istimewa setiap tokoh
- Apakah sumber yang boleh dicari, seperti:
- Dapatkan sumber seperti sijil kelahiran, (photostat)
- Pelbagai sijil anugerah (photostat)
- Kad pengenalan (photostat)
- gambar-gambar,
- keratan akhbar yang berkaitan dengan tokoh(jika ada),
- majalah yang berkaitan dengan tokoh(jika ada)
- pelbagai sijil setiap tokoh (photostat)
- rakaman
- lain-lain yang berkaitan.
- Pelajar boleh tanya tokoh tersebut tentang kejayaan, pendidikan, pekerjaan tokoh.
- Sekiranya, salah seorang tokoh adalah ibu atau bapa, pelajar boleh buat dialog dengan ibu atau bapa.
- Dialog wajib dibuat waktu cuti.
Pilihan Tajuk 3: Perkembangan diri dan keluarga
- Dapatkan tempat dan tarikh lahir diri dan ahli-ahli keluarga
- tempat asal ahli keluarga seperti ibu bapa
- tempat tinggal sekarang
- tempat-tempat lain yang pernah ahli keluarga menetap; contoh jika anak tentera banyak tempat menetap.
- dapatkan maklumat pendidikan setiap ahli keluarga
- pekerjaan ahli keluarga
- Nyatakan secara umum peristiwa penting ahli keluarga. (tidak perlu lengkap seperti tajuk pilihan 1)
- Buatkan satu dialog dengan ibu atau bapa tentang perkembangan diri ahli keluarga seperti bertanya asal usul, kampung ibu bapa, kemajuan pendidikan, kerjaya dan peristiwa penting dalam keluarga.
- Wajib buat dalam cuti.
Apakah sumber yang boleh dicari, seperti:
- Sijil kelahiran ahli keluarga- photostat
- kad pengenalan ahli keluarga- photostat
- kad pekerjaan ahli keluarga- photostat
- sijil-sijil sekolah- photostat
- sijil penghargaan - photostat
- gambar
- majalah/akhbar tentang keluarga
- lain-lain sumber
Cikgu Hazli- 0122385746
Assalamualaikum, cikgu Hazli. Sye nak tnye, kite kena pilih salah satu tajuk tu kan?-Rauf, 1 Ali
ReplyDeleteYa. pilih salah satu. Buat yang senang.
ReplyDeletecikgu saya x faham yang tajuk satu tu, sumber yang perlu dicari, ada dalam senarai yang tertera kat tajuk satu tu ker? cikgu kasi no fone cikgu banyak saya nak tanya ni
ReplyDelete-lukman-
-1Othman-
ok. cikgu kemaskini lagi. 0122385746
ReplyDeletecikgu kalau buat pilihan tajuk satu maknanya kena buat 4 tajuk la cnth:melancong/lawatan,banjir,kematian dan berpindah ke tempat baru,mcm 2 ke
ReplyDelete-ubaidah,1 othman
betul tu ubaidah.
ReplyDeletebetul. buat 4 peristiwa saja.
ReplyDeletecikgu,kalau tajuk 3 tu,kena buat semua ahli keluarga ke? (izan - 1 othman)
ReplyDeleteya. kalau ahli keluarga besar pun tak apa. Kaalau keluarga kecil pun tak apa. Kalau nak tambah maklumat saudara mara pun tak apa.
ReplyDeletecikgu,tajuk pilihan 3 tu kan kene cari gambar..gambar bersaiz pasport ke biasa?
ReplyDeleteBiasa. gambar 3R. spt gambar ahli keluarga, menerima ijazah, berkelah, melancong dll.
ReplyDeletecikgu, kalau bawak bahan waktu minggu balik bermalam lagi satu boleh tak?
ReplyDeletebawa apa yang dapat utk minggu ini.
ReplyDeletecikgu,apa yg nak kena anta 11.4.2011 tu????saya x ingat larh..... :D
ReplyDeletesumber kajian seperti surat beranak, ic, sijil2, dialog.
ReplyDeletecikgu kan sume da siap bnde ni pstu nk bwat ape?
ReplyDeleteanip 1AB
Kalau dah siap dan ikut format yang diberikan, anip bole hantar.
ReplyDelete