Saturday, June 25, 2011

Ambil Slip peperiksaan Setengah Tahun

Sudah menjadi satu budaya selepas peperiksaan setengah tahun setiap sekolah pasti akan minta ibu bapa datang ke sekolah untuk ambil keputusan periksa. Ada dalam bentuk buku laporan dan ada juga dalam bentuk sehelai kertas. Sekolah rendah, menengah atau sekolah rendah agama. Maka datanglah ibu bapa dan berbincang dengan guru kelas atau guru mata pelajaran tentang prestasi murid tersebut. Sepanjang ana bersekolah budaya ini tak pernah dialami oleh bapa ana. Bila dan habis periksa guru siapkan buku laporan kemajuan. Bila dah siap, guru akan minta pelajar bawa pulang dan tunjukkan kepada ibu bapa untuk dilihat dan ditandatangani. Maknanya, zaman 70-an perbincangan tentang prestasi anak-anak selepas ujian tidak berlaku. Dulu bapa tak kisah berapa anak mereka dapat A. Yang penting anaknya boleh menguasai kemahiran terutamanya membaca. Kalau dapat hadiah dalam ujian, itu adalah satu penghargaan kepada murid tersebut. 

Tetapi kini zaman dah berubah. Budaya hari menuai kecemerlangan pasti diadakan di setiap sekolah. Misalnya di sekolah ana telah diadakan pada 25 Jun. Walaupun anak bukan guru kelas, tetapi anak terlibat sebagai pembantu guru kelas. Memanglah setiap ibu bapa pasti ingin melihat anak mereka dapat A dalam setiap ujian. Kalau dapat A ibu bapa panjatkan rasa kesyukuran. Kalau anak dapat markah agak sederhana dan lemah, ibu bapa pasti inginkan perubahan markah anak dalam ujian akan datang. Persoalan seperti apakah program sekolah yang dapat membantu pelajar dan keberkesanan program yang dah dibuat sering menjadi tajuk perbincangan. Kadang-kadang terlihat juga kekeciwaan pada raut ibu bapa tentang program yang dijalankan tidak berupaya untuk menjadikan anak mereka mendapat markah yang tinggi. Tak kurang juga ada ibu bapa yang meluahkan perasaan tentang anak mereka berbeza tatkala berada di rumah berbanding di sekolah.

Ucapan terima kasih, luahan perasaan, pelbagai persoalan, rasa keciwa dan kehendak ibu bapa adalah satu cabaran yang perlu dipikul oleh guru ataupun warden yang bertugas di sekolah berasrama. Membuat perbandingan dengan sekolah elit juga turut bermain dalam fikiran ibu bapa walaupun sekolah ana bukanlah sebuah sekolah tahap SBP. Keputusan tidak ramai mendapat straight A dalam SPM 2010 juga meningkatkan lagi cabaran guru di sekolah ana untuk membuat perubahan bilangan straight A dalam PMR dan SPM 2011.  Apa yang pasti kebimbangan tetap terpancar bagi ana untuk melihat kejayaan seperti yang disasarkan straight A pada tahun ini yang cukup berbeza pada pencapaian tahun-tahun sebelumnya. Cukup tercabar...

No comments:

Post a Comment